Utusan Borneo (Sabah)

Upiak tidak sangka lagu ‘Tak Tun Tuang’ popular selepas 3 tahun

Jaslin Puasa & Sean Lee dalam program 13 episod di TV1

- Hos menemubual salah seorang tetamu dalam program terbaru ‘Etnisiti’, akan datang di di TV1.

PERKATAAN ‘Etnisiti’ merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Menerusi program terbaharu bertajuk ‘Etnisiti’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 7 Disember ini, setiap Khamis, jam 4.30 petang di TV1, penonton dibawa menjelajah ke negeri di Malaysia untuk menemui kaum-kaum etnik tertentu di kawasan halaman masingmasi­ng.

Menampilka­n gandingan hos Sean Lee dan Jaslin Puasa, fokus program 13 episod ini tertumpu kepada kepelbagai­an etnik di Sarawak dan Sabah.

Pengisian program meninjau, memerhatik­an dan cuba memahami cara hidup, aktiviti ekonomi dan budaya komuniti ini melalui ‘experienti­al learning’ iaitu dengan menginap di tempat mereka dan mengambil bahagian dalam aktiviti harian. Penonton diberi penjelasan mengenai pelbagai aspek kehidupan masyarakat etnik ini.

Kumpulan etnik di Sarawak mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi.

Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawa-san antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.

Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabka­n mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar.

Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitar­annya. Antara yang ditonjolka­n iaitu mengenai kaum Kelabit.

Mereka memberi penerangan mengenai aktiviti ekonomi, budaya, makanan dan cara hidup kaum ini. Pendedahan mengenai kaum etnik ini sebagai salah satu kaum pribumi negara ini dibuat melalui penyertaan secara langsung dalam aktiviti seharian seperti menanam padi Bario, memasak sayur tengayan dan pucuk ubi kayu, makan bersama-sama dan penglibata­n dalam aktiviti kebudayaan iaitu tarian muzik diiringi dengan muzik sape serta memakai rantai yang diperbuat daripada manik.

Kunjungan di Kg. Long Beruang bandar Bario meninjau cara hidup komuniti etnik Penan. Mereka tinggal di rumah kampung dan mengambil bahagian dalam aktiviti memburu dalam hutan pada waktu siang dan malam untuk makanan.

Selain dari itu mereka belajar memasak makanan tradisi dengan ubi kayu.

 ??  ??
 ??  ?? ACARA AMAL: Penyanyi Ne-Yo menghadiri acara amal TrevorLIVE LA yang diadakan di Beverly Hills, California pada 3 Disember 2017 yang lalu. — Gambar AFP
ACARA AMAL: Penyanyi Ne-Yo menghadiri acara amal TrevorLIVE LA yang diadakan di Beverly Hills, California pada 3 Disember 2017 yang lalu. — Gambar AFP
 ??  ?? MENARIK:
MENARIK:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia