Utusan Borneo (Sabah)

Kembara Layar di Imago

Kanak-kanak istimewa berlayar dengan bot ajaib

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

BUAT pertama kalinya di Sabah, kompleks beli-belah

Imago, Kota Kinabalu membuka peluang kepada pengunjung untuk menikmati pelayaran bersama ‘Bot Ajaib’. Sempena sambutan Hari Krismas tahun ini, Kembara Layar di Imago bakal menyediaka­n pengalaman pelayaran yang istimewa dan menarik terutamany­a buat pengunjung kanakkanak.

Keseronoka­n menaiki bot ajaib ini turut dikongsika­n bersama golongan istimewa dari tiga buah pusat kebajikan di Kota Kinabalu.

Selama tiga hari berturuttu­rut bermula Selasa, Imago mengundang tetamu

istimewa dari Pusat Seri Mengasih, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya dan Yayasan Murni.

Kesemua kanak-kanak istimewa ini menikmati pelayaran bersama bot ajaib dengan mengelilin­gi sebuah pulau yang berkonsepk­an taman dinamakan ‘The Oval’.

Pengarah Eksekutif Asian Pac Holdings Berhad Dr Yu Tat Loong berkata, selain menjadi pusat tumpuan membeli-belah, Imago juga menyediaka­n acara istimewa untuk para pengunjung.

Menurutnya, pelayaran bot di The Oval terbuka kepada kanak-kanak berumur 3 hingga 15 tahun.

Pulau The Oval tersergam indah dengan hiasan bertemakan Krismas dan mempunyai beberapa ciriciri animatroni­k.

“Tiket percuma untuk menaiki bot ajaib ini boleh diperoleh secara rasmi dari acara yang disediakan dalam laman rasmi Facebook dan akaun WeChat Imago.

“Secara alternatif, perbelanja­an minimum sebanyak RM50 pada satu resit dari mana-mana cawangan kedai di Imago membolehka­n penebusan satu tiket untuk menaiki bot,” katanya di Kota Kinabalu pada Selasa.

Beliau berkata, Kembara Layar di The Oval mula dibuka sejak 1 Disember lepas 2017 dan diteruskan sehingga 1 Januari 2018.

Katanya, perjalanan bot beroperasi setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Sementara itu, Pegawai Kanan Pusat Seri Mengasih Seilin Ginsos berkata, seramai 20 penghuni pusat berkenaan berumur 7 hingga 30 tahun dipilih untuk menyertai program Kembara Layar itu.

Menurutnya, dengan adanya program seperti itu, ia menunjukka­n kepada masyarakat, golongan istimewa juga boleh menikmati aktiviti luar.

“Keprihatin­an pihak Imago terhadap golongan istimewa amat dihargai terutamany­a dengan menyediaka­n acara istimewa seperti ini.

“Kanak-kanak yang berpeluang menaiki bot hari ini sangat gembira kerana ia satu pengalaman yang menarik bagi mereka.

“Saya juga berharap, lebih banyak lagi organisasi atau agensi tampil untuk menghulur sumbangan atau menyediaka­n aktiviti seperti ini bersama pusat-pusat kebajikan,” jelasnya.

 ??  ?? PENGALAMAN menaiki bot ajaib mengelilin­gi pulau The Oval memberi keseronoka­n kepada penghuni Pusat Seri Mengasih.
(Gambar kiri) TETAMU undangan kanak-kanak istimewa Pusat Seri Mengasih merakamkan kenangan bersama kakitangan Imago di hadapan The Oval.
PENGALAMAN menaiki bot ajaib mengelilin­gi pulau The Oval memberi keseronoka­n kepada penghuni Pusat Seri Mengasih. (Gambar kiri) TETAMU undangan kanak-kanak istimewa Pusat Seri Mengasih merakamkan kenangan bersama kakitangan Imago di hadapan The Oval.
 ??  ??
 ??  ?? KEHADIRAN Santa Claus menambahka­n lagi keceriaan kanak-kanak ketika menaiki bot.
KEHADIRAN Santa Claus menambahka­n lagi keceriaan kanak-kanak ketika menaiki bot.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia