Utusan Borneo (Sabah)

Faziratul, Ainin Tokoh Murid 2017

Sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Muhibbahra­ya, Tawau

-

MURID cemerlang sepanjang tahun ini mendapat pengiktira­fan daripada pihak sekolah melalui Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang diadakan di Dewan Kemalasari Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbahra­ya, Tawau.

Guru Besar SK Muhibbahra­ya Abu Bakar Haji Tahasan berkata majlis

Guru Besar SK Muhibbahra­ya

itu merupakan agenda tahunan sekolah bagi memberi pengiktira­fan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m dan sahsiah.

“Majlis ini adalah medium penyatuan yang mengeratka­n hubungan warga sekolah dengan ibu bapa atau penjaga murid yang banyak memberi sokongan padu kepada pihak sekolah dalam usaha sama mengatasi masalah akademik dan sahsiah anak-anak,” katanya ketika berucap dalam majlis itu.

Perasmian majlis itu disempurna­kan oleh Abus Awang @Andee selaku wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri Sebatik Datuk Haji Abdul Muis Haji Picho.

Hadir sama ialah Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Mohd Bahtiar Tibe.

Abu Bakar berkata peranan ibu bapa juga amat penting untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang khasnya dari segi sahsiah dan moral.

“Mereka harus menjadi guru kepada anak-anak mereka di rumah dan tidak meletakkan aspek pendidikan anak-anak kepada guru semata-mata,” katanya.

Seramai 45 murid diraikan pada majlis itu yang dihadiri hampir 120 orang guru dan ibu bapa serta diserikan dengan persembaha­n tarian oleh murid-murid sekolah berkenaan.

Sempena majlis itu, Nurd Adlin Jupailin dianugerah­kan sebagai Tokoh Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca), manakala Nur Ainin Sofiya Muhammad Nur dipilih sebagai Tokoh Kokurikulu­m.

Acara kemuncak majlis itu ialah penyampaia­n Anugerah Tokoh Murid yang dikongsi bersama Nur Faziratul Ain Abdul Kasim dan Nur Ainin Sofiya Muhammad Nur. – Artikel sumbangan Rusiah Haji Bakar (GPM SK Muhibbahra­ya, Tawau)

Majlis ini adalah medium penyatuan yang mengeratka­n hubungan warga sekolah dengan ibu bapa atau penjaga murid yang banyak memberi sokongan padu kepada pihak sekolah dalam usaha sama mengatasi masalah akademik dan sahsiah anak-anak.

ABU BAKAR HAJI TAHASAN

 ??  ?? PENERIMA anugerah Tokoh Murid Nur Faziratul Ain Abdul Kasim dan Nur Ainin Sofiya Muhammad Nur bersama barisan pentadbir dan tetamu jemputan.
PENERIMA anugerah Tokoh Murid Nur Faziratul Ain Abdul Kasim dan Nur Ainin Sofiya Muhammad Nur bersama barisan pentadbir dan tetamu jemputan.
 ??  ?? MURID cemerlang UPSR SK Muhibbahra­ya bergambar kenangan bersama para jemputan dan guru-guru.
MURID cemerlang UPSR SK Muhibbahra­ya bergambar kenangan bersama para jemputan dan guru-guru.
 ??  ?? NUR ADLIN menerima anugerah Tokoh Nilam 2017 disampaika­n Abu Bakar.
NUR ADLIN menerima anugerah Tokoh Nilam 2017 disampaika­n Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia