Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola tidak akan dikenakan hukuman

-

LONDON: Pengurus Manchester City Pep Guardiola tidak akan dikenakan hukuman berhubung satu kejadian selepas perlawanan yang aneh melibatkan pemain Southampto­n Nathan Redmond selepas pendahulu Liga Perdana Inggeris itu mencuri kemenangan lewat.

Guardiola bercakap penuh semangat dengan pemain tengah Southampto­n itu ekoran kemenangan 2-1 pada saat akhir oleh pasukannya pada minggu lepas dan Persatuan Bola Sepak (FA) memberi masa sehingga kelmarin untuk menjawab.

Ia pada mulanya kelihatan seperti pengurus City itu bersemuka dengan Redmond untuk merungut tentang sesuatu tetapi dia kemudian memberitah­u dia hanya memuji pemain itu. Ini kemudian disahkan oleh Redmond sendiri.

Guardiola mengakui dia tidak patut mendekati Redmond dengan cara sedemikian tetapi tidak dapat mengawal perasaan dalam keterujaan selepas Raheem Sterling menjaringk­an gol lewat.

Persatuan Media Britain melaporkan kelmarin bahawa FA menerima versi pengurus Catalan itu tentang apa yang berlaku dan tidak akan memanjangk­an perkara itu.

Guardiola telah diingatkan tentang tanggungja­wabnya dan perkara itu kini dianggap sudah tutup.

Ditanya sama ada dia menyesali insiden itu ataupun tidak, Guardiola berkata: “Ya. Saya melakukann­ya di Munich, dengan pemain lama saya (Joshua) Kimmich, saya melakukan perkara sama di Dortmund dan menyesal di sana selepas perlawanan dan juga sama sekarang.

“Saya tidak dapat mengawal diri. Saya harap saya akan bertambah baik. Apa yang saya sebut adalah apa yang saya sebut dan apa yang Nathan sebut dalam kenyataann­ya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia