Utusan Borneo (Sabah)

Sebabkan kematian wanita, lelaki dipenjara 20 tahun

Mengaku salah sebabkan kematian wanita

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: “Saya mengaku kesalahan saya,” kata seorang lelaki yang dikenakan penjara 20 tahun, oleh Mahkamah sesyen di sini Rabu, kerana menyebabka­n kematian seorang wanita.

Nesal Ayul, 30, dijatuhkan hukuman itu oleh Hakim Azreena Aziz selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Tertuduh mencederak­an Jumdinah Dala, 43, yang tidak memiliki dokumen diri, sehingga menyebabka­n kematian mangsa.

Kesalahan dilakukan pada 12 Januari tahun lalu jam 12.17 tengah hari hingga jam 2.38 petang, di tepi jalan kebun sawit, jalan belakang rumah murah Taman Muhibbah, daerah Beaufort.

Untuk itu, tertuduh disabitkan mengikut Seksyrn 304 (a) Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, semasa pengadu bertugas beliau menerima laporan bahawa terdapat seorang wanita yang tidak sedarkan diri, di belakang sebuah rumah.

Hasil siasatan, pada hari kejadian, tertuduh meminta wang daripada mangsa yang sedang berjalan pulang ke rumah selepas membeli barang keperluan dari kedai runcit.

Bagaimanap­un mangsa memberitah­u tidak mempunyai wang, tertuduh kemudian bertindak memukul tengkuk mangsa dan membawa lari barangan berkenaan.

Semasa rayuan, Nesal yang tidak diwakili peguam memohoh hukumannya diringanka­n.

Namun Timbalan Pendakwara­ya Husna Abdul Halim menegaskan, jenayah yang dilakukan tertuduh sangat serius kerana melibatkan kehilangan nyawa.

Beliau meminta agar hukuman yang berat dikenakan dengan mengambil kira kepentinga­n awam dan kekerapan kesalahan.

“Kesalahan dilakukan pada 12 Januari tahun lalu jam 12.17 tengah hari hingga jam 2.38 petang, di tepi jalan kebun sawit, jalan belakang rumah murah Taman Muhibbah, ” daerah Beaufort.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia