Utusan Borneo (Sabah)

Atletico tersingkir selepas seri 1-1 ke atas Chelsea

-

LONDON, England: Atletico Madrid tersingkir dari saingan Liga JuaraJuara selepas seri 1-1 di Chelsea dan satu mata itu juga menyebabka­n Chelsea terpaksa akur menamatkan saingan pusingan pertama di tangga kedua Kumpulan C.

Ia adalah malam yang mendesak untuk kedua-dua kelab kerana masing-masing mempunyai sasaran pada perlawanan terakhir.

Atletico perlu menang untuk satu peluang meneruskan kemaraan tetapi walaupun tandukan Saul Niguez meletakkan Atletico di hadapan dalam separuh masa kedua, Chelsea mengikat kedudukan menerusi gol sendiri Stefan Savic.

Pada akhirnya, kemenangan AS Roma ke atas Qarabag pada perlawanan lain memastikan keputusan seri itu tidak memberi sebarang makna buat Atletico, yang gagal layak ke pusingan kedua kejohanan buat kali kedua dan yang pertama sejak musim 2009/2010.

Ia juga kekalahan pahit buat Atletico selepas muncul naib juara kejohanan pada 2014 dan 2016 dan terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa tahun hadapan.

“Ia lumrah bola sepak. Ia menyakitka­n tetapi tiada sebarang alasan. Tanggungja­wab itu dari kami sendiri,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone.

“Ini boleh menjadi cabaran baharu. Semua yang buruk boleh diubah menjadi perkara positif.”

Chelsea sudah mengesahka­n tempat ke pusingan kedua sebelum perlawanan tetapi mensia-siakan peluang untuk menamatkan saingan selaku juara kumpulan dan juga harapan mendapat lawan lemah di pusingan kedua.

Setelah tewas dan seri dengan Roma, Chelsea menamatkan saingan pusingan pertama di tempat kedua berdasarka­n rekod pertemuan di antara mereka selepas terikat 11 mata.

Ia pastinya berita buruk buat Chelsea, yang mungkin akan diundi menentang kelab gergasi seperti Barcelona dan Paris Saint Germain (PSG) di pusingan kedua kejohanan.

“Kami cuba bermain seperti yang dirancang. Kami mencipta banyak peluang gol. Apabila anda bermain seperti ini dan mencipta begitu banyak peluang, anda boleh berasa berpuas hati,” kata Conte.

“Lawan kami selepas ini (pusingan kedua) pastinya tidak gembira menentang kami.”

Penyerang Atletico, Fernando Torres mengharung­i tiga tahun setengah yang mengecewak­an di Chelsea tetapi beliau hampir membuka jaringan di awal permainan dengan rembatanny­a sedikit tinggi.

Tidak seperti Torres, rakan senegarany­a dari Sepanyol, Alvaro Morata tidak mempunyai masalah menyesuaik­an diri di Chelsea dan mempunyai satu peluang tetapi rembatan lencong beliau tersasar.

Dengan Roma dijangka menewaskan Qarabag, Chelsea tahu hanya kemenangan akan menjamin tempat selaku juara kumpulan.

Morata mempunyai satu lagi peluang tetapi penjaga gol Atletico, Jan Oblak, menghadang bola dari jarak dekat.

Pertahanan sayap Chelsea, Davide Zappacosta kemudian menguji Oblak dengan satu rembatan kencang yang berjaya ditepis keluar.

Chelsea terus mengasak selepas rehat dengan tandukan Andreas Christense­n ditepis Oblak sebelum rembatan Eden Hazard sedikit liar.

Walaupun asakan demi asakan, Filipe Luis, seorang lagi bekas pemain Chelsea, hampir meletakkan Atletico di hadapan tetapi rembatanny­a tepat ke dakapan penjaga gol Chelsea.

Yakin dengan cubaan itu, Atletico membuka jaringan pada minit ke-56 apabila Torres mengumpan bola dari tendangan sudut dan Niguez berjaya melepasi kawalan Tiemoue Bakayoko untuk melakukan tandukan mudah.

Chelsea cuba bangkit dengan beberapa cubaan tetapi akhirnya gol sendiri Savic memastikan mereka mengikat kedudukan pada minit ke-75 dari rembatan Hazard.

Morata boleh menjaringk­an gol pendahulua­n tidak lama selepas itu tetapi rembatanny­a tepat ke arah Oblak. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? CHELSEA menyamakan kedudukan selepas Savic (empat kanan) tertolak bola ke gawang sendiri pada perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London Selasa lepas.
— Gambar AFP CHELSEA menyamakan kedudukan selepas Savic (empat kanan) tertolak bola ke gawang sendiri pada perlawanan Kumpulan C Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia