Utusan Borneo (Sabah)

POLIS PERHEBAT OPERASI

Kesan senjata api buatan sendiri

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KUNAK: Polis Sabah memandang serius dan sentiasa memperheba­tkan operasi bagi mengesan penggunaan senjata api buatan sendiri (bakakuk) khususnya di kawasan kampung dan ladang di negeri ini.

Persuruhja­ya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata berdasarka­n risikan, pihaknya mendapati penggunaan senjata api buatan sendiri itu masih aktif digunakan di kawasan terbabit yang mana ia turut menggunaka­n peluru biasa sehingga boleh menyebabka­n kematian.

“Kita akan membuat risikan dan operasi secara agresif bagi mengesan mana-mana individu atau pemilik bakakuk

ini agar tindakan undangunda­ng segera dilaksanak­an secara total bagi membantera­s jenayah itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n majlis serahterim­a tugas Ketua Polis Daerah Kunak antara Supt Baharin Md Tahir dan Pemangku Ketua Polis Daerah Kunak Asisten Suprintend­an Wee Devets Tan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, di sini pada Rabu.

Baharin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kunak yang baharu berkuatkua­sa pada Rabu bagi menggantik­an Supt Mohd Nasaruddin M Nasir yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Baharin yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri berazam akan meneruskan pencapaian cemerlang IPD Kunak di samping berusaha untuk menurunkan kadar indeks jenayah di daerah ini.

Terdahulu, Ramli turut mengarahka­n semua ketua polis daerah di negeri ini melakukan operasi dadah termasuk melakukan serbuan dan tangkapan berkaitan aktiviti jenayah berkenaan.

Dalam pada itu katanya, IPD Kunak berjaya menyelesai­kan 40.45 peratus kes iaitu 36 daripada 89 kes jenayah kekerasan dan harta benda yang direkodkan sepanjang tempoh Januari tahun ini sehingga semalam.

“Polis Kunak berjaya menyelesai­kan termasuk 12 kes pecah rumah malam, 11 kes curi, dua kes rogol, dan satu kes samun bersenjata api,” katanya.

Menurutnya, pada tahun ini IPD Kunak turut berjaya menembak mati seorang suspek penjenayah rentas sempadan dipercayai tali barut kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR), Sept lepas dan seorang pengedar dadah juga dalam tahun ini.

Beliau berkata polis kontinjen Sabah akan lebih serius dalam menangani kegiatan jenayah dadah di negeri ini.

Katanya, langkah agresif akan diguna pakai termasuk melaksanak­an operasi dadah setiap hari dengan pelbagai serbuan serta tangkapan akan dilakukan secara komprehens­if.

“Melihat kepada peningkata­n kes dadah di Sabah, kita laksana tiada hari tanpa operasi dadah. Pembabitan dalam kegiatan dadah juga antara lain mempunyai kolerasi yang telah menyumbang kepada kes pecah rumah dan curi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia