Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Perangkaan keluarkan statistik perkahwina­n dan penceraian akhir 2018

-

PUTRAJAYA: Statistik perkahwina­n dan penceraian pasangan di Malaysia akan dikeluarka­n Jabatan Perangkaan hujung tahun depan, kata Ketua Perangkawa­n Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata statistik tersebut diharap akan dijadikan asas bagi setiap perancanga­n dalam membantu kerajaan merencana dasar untuk memperkuku­hkan institusi kekeluarga­an di negara ini.

“Statistik bagi pasangan bukan Islam sudah boleh didapati daripada Jabatan Pendaftara­n Negara manakala untuk pasangan Islam, ia berada di bawah Majlis Agama Islam negeri-negeri. Jabatan Perangkaan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sedang mengumpul data tersebut,” katanya.

“Statistik yang akan dikeluarka­n nanti akan menunjukka­n indikasi sama ada kadar perkahwina­n dan penceraian di negara ini berada pada jajaran yang baik atau sebaliknya,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Penerbitan Statistik Pemerkasaa­n Wanita Dalam Domain Terpilih, Malaysia 2017 di sini Rabu.

Majlis pelancaran disempurna­kan oleh Ketua Setiausaha Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Suriani Ahmad yang mewakili menteri berkenaan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Mohd Uzir berkata tempoh pengumpula­n data memakan masa disebabkan buat masa ini hanya lapan Majlis Agama Islam negeri yang mempunyai data dalam bentuk digital manakala selebihnya masih menggunaka­n sistem manual.

Dalam pada itu, Rohani, dalam teks ucapan yang dibacakan Suriani, berkata Indeks Jurang Gender Malaysia (GGI) yang dibangunka­n Jabatan Perangkaan menunjukka­n purata skor bagi empat subindeks (aktiviti ekonomi, pendidikan, kesihatan dan penguasaan) bagi 2016 ialah 0.692.

“Ini menunjukka­n jurang kesaksamaa­n antara lelaki dan perempuan di Malaysia ialah 69.2 peratus dengan mengambil kira wajaran bagi penduduk.

“Daripada keempat-empat sub-indeks yang dinilai, indeks jurang gender di Malaysia dalam penguasaan politik adalah besar dengan skor 0.061 berbanding pendidikan (1.092), kesihatan (0.957) dan ekonomi (0.659),’’ katanya.

Berdasarka­n skor ini, katanya Malaysia berada di kedudukan ke-75 berbanding negara lain di dunia dan di kedudukan kesembilan di kalangan negara Asia Timur dan Pasifik, di hadapan Indonesia, China dan Brunei. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia