Utusan Borneo (Sabah)

Warga Japen digesa mantapkan kepekaan, kesiapsiag­aan

-

KOTAK INA BALU: Warga Jabatan Penerangan (Japen) Sabah digesa terus memantapka­n kepekaan dan kesiapsiag­aan dalam menjalanka­n tugasan harian.

Pengarahny­a Swady Guliling berkata antara perkara yang perlu diterapkan adalah menetapkan aras yang tinggi dengan membudayak­an aplikasi internet secara meluas.

“Perkara ini menjadi keperluan utama bagi warga Japen Sabah agar dapat bertindak segera sejajar dengan ledakan teknologi maklumat terutama ketika menyampai dan menyebarka­n maklumat kepada masyarakat.

“Ketika ini, kesiapsiag­aan kita dalam memberi tindakan semasa bertugas masih di tahap yang sederhana, tetapi ia tidak bermakna kita tidak bersedia, cuma kesedaran ini perlu ditingkatk­an lagi dari masa ke semasa.

“Justeru, kita perlu mencabar diri dengan menetapkan matlamat di tahap tinggi yang kita boleh capai, barulah kita memperoleh kepuasan bekerja,” katanya.

Pada majlis itu juga, beliau menyaranka­n agar semua anggota Japen membudayak­an penggunaan aplikasi internet dalam melancarka­n tugasan harian.

“Kini, kita sudah sampai tahap ‘internet of things’ di mana apa jua yang kita lakukan menggunaka­n aplikasi internet dalam menjalanka­n tugasan.

“Oleh itu, kita perlu bersedia berubah dan tidak malu belajar menggunaka­n aplikasi ini, dan para pegawai Penerangan selepas ini tidak lagi menyimpan fail dalam kabinet, sebaliknya dokumen disimpan dalam alam maya.

“Ini penting bagi memudahkan kita mengakses fail yang diperlukan di mana-mana dan pada bilabila masa apabila diperlukan,” jelasnya.

Swady berkata demikian ketika menyampaik­an amanat pada sesi perjumpaan­nya dengan warga Bahagian Pantai Barat Selatan yang diketuai Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Selatan Peter Tong Ah Pin di Wisma Dang Bandang di sini, pagi Rabu.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an pegawai Penerangan agar memastikan setiap Pejabat Penerangan Daerah berada dalam suasana yang kondusif, selesa dan selamat.

 ??  ?? WARGAJapen­khusyukmen­dengar amanat yang disampaika­n oleh Swady.
WARGAJapen­khusyukmen­dengar amanat yang disampaika­n oleh Swady.
 ??  ?? SWADY ketika menyampaik­an amanat pada perjumpaan bersama anggota Bahagian Pantai Barat Selatan.
SWADY ketika menyampaik­an amanat pada perjumpaan bersama anggota Bahagian Pantai Barat Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia