Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan mabrur haji

Teruskan amalan secara iltizam

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah Datin Nurlaila Said berpesan agar jemaah yang telah menyempurn­akan rukun Islam kelima mengekalka­n mabrur haji.

Menurutnya, roh ibadah dalam diri perlu dijaga dengan meneruskan amalan yang dilaksanak­an di Mekah secara iltizam dan istiqamah.

Katanya, cabaran dalam kehidupan harian akan lebih mencabar individu dengan pelbagai dugaan dan ujian.

“Berkongsi kisah dan pengalaman yang diperoleh di tanah suci kepada keluarga dan jiran tetangga juga digalakkan kerana ianya akan membangkit­kan semangat untuk turut mengerjaka­n ibadah haji melalui Tabung Haji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Persaudara­an Jemaah Haji Daerah Lahad Datu, di sini, pada Isnin.

Turut hadir ialah Pengurus Tabung Haji Lahad Datu Readzuan Ramlan.

Nurlaila turut memuji jemaah dari negeri ini yang telah memberi kerjasama sebaiknya kepada Tabung Haji dengan menjaga disiplin dan akhlak ketika berada di Mekah.

Seramai 62 jemaah haji terdiri 33 lelaki dan 29 wanita dari Lahad Datu menunaikan haji tahun ini.

“Berkongsi kisah dan pengalaman yang diperoleh di tanah suci kepada keluarga dan jiran tetangga juga digalakkan kerana ianya akan membangkit­kan semangat untuk turut mengerjaka­n ibadah haji melalui Tabung ” Haji. DATIN NURLAILA SAID Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah

 ?? READZUAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Nurlaila. ??
READZUAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Nurlaila.
 ??  ?? READZUAN dan Nurlaila mengabadik­an kenangan bersama sebahagian jemaah haji Lahad Datu.
READZUAN dan Nurlaila mengabadik­an kenangan bersama sebahagian jemaah haji Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia