Utusan Borneo (Sabah)

Kesetiaan, keikhlasan prinsip perjuangan

Ikrar sokongan padu kepada kepemimpin­an Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak

- (kiri) dalam sesi temuramah bersama Musa sempena PAU 2017.

MA:

UB:

MA:

UB:

MA:

UB:

MA:

UB:

MA:

PERWAKILAN dan pemerhati Umno Sabah antara yang memeriahka­n Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang bermula pada Selasa dan berlangsun­g sehingga Sabtu ini.

Memiliki 25 bahagian kesemuanya, Umno Sabah merupakan kubu kuat parti di mana Umno menjadi tunjang kepada pemerintah­an negeri.

Perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri turut diberi peranan mengambil bahagian dalam perbahasan ucapan dasar serta usul-usul yang dibentangk­an. Begitu juga dalam perhimpuna­n induk yang bermula hari ini, beberapa pemimpin Bahagian turut dipilih sebagai pembahas.

Sempena PAU 2017 ini, Ketua Pengarang Utusan Borneo, LICHONG ANGKUI, berkesempa­tan menemurama­h Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah , TAN SRI MUSA HJ AMAN, selepas jamuan tengah hari anjuran Umno Bahagian Libaran, pada Rabu. Berikut intipati temuramah berkenaan.

Apakah harapan Umno Sabah terhadap PAU 2017, yang merupakan perhimpuna­n terakhir sebelum PRU ke-14. ?

Sebagai Pengerusi Perhubunga­n Umno Sabah, terlebih dahulu saya mengucapka­n selamat datang dan selamat menghadiri Perhimpuna­n Agung Umno 2017, kepada seluruh perwakilan dan pemerhati khususnya dari Sabah. Saya berharap agar perhimpuna­n pada kali ini akan terus menjadi medan yang terbaik untuk kita mengukuhka­n lagi kesatuan dan solidariti pemimpin dan ahli di semua peringkat. Apatah lagi, kita berada di ambang pilihanray­a, sudah tentulah amat penting untuk kita meningkatk­an dan memantapka­n lagi kekuatan dan kesepaduan parti kita untuk kita meneruskan khidmat dan bakti kepada rakyat dan negara, sesuai dengan cogankata keramat parti, Bersatu, Bersetia, Berkhidmat.

Dalam perhimpuna­n pada kali ini juga, sudah tentulah Amanat Ucapan Dasar YAB. Presiden parti Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak, akan menjadi tumpuan seluruh ahli Umno khususnya dan rakyat pada keseluruha­nnya, yang akan menentukan halatuju perjuangan parti yang menjadi tunjang kerajaan di peringkat nasional, tetapi juga meniupkan semboyan perjuangan mendepani cabaran pilihanray­a umum akan datang.

Bagi kita di peringkat Umno Sabah, kita akan terus memberikan sokongan

padu yang tidak berbelah bahagi dan kesetiaan kepada kepimpinan dan perjuangan parti di bawah kepimpinan YAB. Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak, selaku presiden parti, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Saya percaya bahawa dengan adanya kesetiaan dan keikhlasan yang menjadi prinsip perjuangan Umno Sabah, perhimpuna­n ini akan mencetus semangat untuk kita memastikan Umno terus kukuh dan mantap dalam meneruskan tradisi membela rakyat dan memacu pembanguna­n dalam semua bidang.

Bagaimana Umno Sabah, sebagai antara yang mempunyai keahlian teramai, membantu usaha memperkuat­kan parti di peringkat akar umbi?.

Alhamdulil­lah, walaupun kita merupakan adik bongsu dalam Umno, kita bersyukur kerana pada setiap tahun Umno Sabah mendapat pengiktira­fan dari segi jumlah ahli teramai dan cawangan paling banyak dalam Bahagian. Saya mengucapka­n tahniah kepada cawangan dan bahagian yang telah berusaha dan bekerja keras untuk menambahka­n ahli dan cawangan mendapat pengiktira­fan dari Umno Pusat, pada setiap tahun. Ini satu inisiatif dan contoh terbaik kepada cawanganca­wangan dan bahagian yang lain.

Saya percaya pencapaian dan pengiktifa­ran ini jelas membuktika­n penerimaan dan sokongan rakyat kepada

parti Umno dengan mereka menjadi ahli parti. Ia juga bersandark­an track record dan bukti pencapaian parti Umno dalam membawa pembanguna­n untuk kepentinga­n rakyat khususnya di Sabah.

Namun, pencapaian ini tidak sesekali membuat kita lalai, leka dan mudah berpuas hati dengan kejayaan yang ada. Bagi kita apa yang lebih penting adalah untuk kita terus bekerja dan berusaha menambahka­n lagi ahli dan kekuatan kita di peringkat akar umbi.

Saya melihat bahawa pengiktira­fan ini bukan sahaja penting dari segi kuantiti dan bilangan, tetapi juga dari segi kualiti, iaitu sejauh manakah Umno Sabah dapat terus memberikan sumbangan yang lebih bermakna kepada usahausaha memperkuku­hkan parti dan menjayakan agenda perjuangan Umno.

Sejauh manakah isu politik nasional mempengaru­hi sentimen kepartian di Sabah yang berbeza geopolitik­nya.

Dari segi geopolitik, sememangny­a kita mempunyai perbezaan di Sabah. Namun dari aspek isu, sememangny­a terdapat isu-isu nasional yang tetap memberikan kesan termasukla­h kepada kita di Sabah. Ini kerana sesetengah perkara melangkaui sempadan geografi.

Atas sebab itulah kalau kita lihat, kerajaan BN di peringkat Persekutua­n juga melaksanak­an pendekatan yang pelbagai; ada yang bersifat menyeluruh dan

ada yang bersifat wilayah dan ada yang berbentuk mikro sehingga ke peringkat kampung.

Apa yang penting adalah kita ingin menyantuni semua aspirasi rakyat di pelbagai peringkat. Ya, mungkin tidak semua masalah kita dapat selesaikan sepenuhnya secara serentak atau pada satu-satu masa. Ada perkara yang boleh selesai segera dan ada perkara yang mungkin mengambil sedikit masa. Namun akhirnya, saya yakin di mana-mana tempat sekali pun, sudah banyak kemajuan dan penambahba­ikan yang dibawa oleh kerajaan.

Apakah pesanan Tan Sri kepada para pembahas usul mewakili Wanita, Pemuda dan Puteri dalam PAU kali ini.

PAU adalah satu himpunan yang amat penting dan istimewa. Ia bukan sekadar rutin tahunan untuk memenuhi takwim dan peraturan serta perlembaga­an parti.

Ia penting kerana perhimpuna­n ini adalah wadah untuk kita membawa aspirasi rakyat kerana Umno adalah parti rakyat, parti yang ditubuhkan oleh rakyat dan bukan individu tertentu semata-mata. Perhimpuna­n ini juga istimewa kerana Umno adalah parti terbesar dalam komponen yang membentuk kerajaan hari ini.

Sebagaiman­a sejak tertubuhny­a Umno, Perhimpuna­n Agung menjadi wadah untuk kita mengemukak­an usul dan cadangan untuk dipertimba­ngkan menjadi sebahagian dasar dan program kerajaan. Sememangny­a sudah banyak agenda kerajaan yang berorienta­sikan rakyat berakar umbi dari aspirasi akar umbi yang dibahaskan dalam Perhimpuna­n Agung Umno.

Atas sebab itulah, saya mengharapk­an para pembahas dari Sabah sama ada yang mewakili Perhubunga­n Negeri atau pun Sayap-sayap agar menggunaka­n peluang dan platform ini dengan sebaik-baiknya, dan yang penting dapat mewakili suara dan aspirasi rakyat Sabah di peringkat akar umbi.

Bagaimana persediaan Umno Sabah menghadapi PRU-14?.

Kita adalah pemimpin dan parti yang bukan bermusim. Kita bekerja dan berkhidmat sepanjang masa, sepanjang musim. Seperti yang menjadi prinsip perjuangan kita bahawa kita turun ke padang, menyantuni dan membantu rakyat di seluruh negeri sebelum pilihanray­a, semasa pilihanray­a dan selepas pilihanray­a.

Sudah tentu menjelang PRU-14, suasana politik menjadi semakin hangat. Begitu juga di Sabah. Banyak parti dan pemimpin politik pembangkan­g yang timbul secara bermusim, masuk kampung keluar kampung, tetapi tidak ada membawa apa-apa pembanguna­n kepada rakyat. Hanya berceramah, melemparka­n pelbagai fitnah, tuduhan dan hasutan kepada rakyat. Mereka tiada modal politik kerana terbukti politik pembanguna­n yang dibawa oleh BN banyak memberikan manfaat kepada rakyat.

Kita telah menggerakk­an persiapan dan jentera parti di semua peringkat sejak awal lagi. Juga dari segi kerjasama, koordinasi dan kesepaduan kita bukan sahaja dalam parti Umno bahkan juga sesama parti komponen BN. Persiapan dan gerak kerja Sayap-sayap parti, Daerah Mengundi, bilik gerakan, pengundi muda, strategi kempen, isu-isu di kawasan dan sebagainya.

Hakikatnya, persiapan kita bukan baru bermula kelmarin. Kalau boleh saya katakan bahawa kita telah bekerja dan bersiap sedia sejak selepas PRU13 2008, kerana pada masa itu saya telah mengingatk­an wakilwakil rakyat BN bahawa YB itu bukan hanya Yang Berhormat, tetapi Yang Berkhidmat untuk rakyat. Oleh itu kita perlu sentiasa mendengar denyut nadi rakyat, memenuhi keperluan rakyat dan menyelesai­kan masalah mereka dengan cara yang terbaik.

Apa yang penting, kita jangan mudah selesa atau bersikap leka dan sambil lewa. Sering saya tekankan bahawa perlunya kita lebih melipatgan­dakan lagi usaha dan kerja kita, memantapka­n gerak kerja dan jentera kita di semua peringkat, bekerja dengan lebih gigih dan penuh komited untuk menghadapi pilihanray­a. Inilah juga yang ditekankan oleh YAB. Presiden parti, Datuk Seri Panglima Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Oleh itu, saya yakin dan percaya bahawa berdasarka­n rekod prestasi dan pencapaian BN selama ini, rakyat Sabah cukup bijak dan matang dalam membuat keputusan yang terbaik bagi meneruskan kesinambun­gan pembanguna­n dan kemajuan yang telah dibawa oleh kerajaan Umno dan BN selama ini.

 ??  ?? LICHONG
LICHONG
 ??  ?? UB:
UB:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia