Utusan Borneo (Sabah)

Pemimpin Umno Sabah ikrar untuk perkuatkan parti hadapi PRU-14

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PEMIMPIN Umno Sabah berikrar untuk menggalas amanah dan saranan pucuk pimpinan bagi memperkuku­hkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beberapa pemimpin yang ditemui sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 mengakui ucapan dan amanat yang diberikan pucuk pimpinan sejak dua hari lalu, memberi suntikan semangat kepada mereka menghadapi cabaran mendatang.

Bagi mereka, pesanan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri amat menginsafk­an dan boleh dijadikan sandaran dalam mengharung­i perjuangan parti masa depan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad berharap usaha memperkuat­kan parti digembleng bersama, sambil menuntut agar jumlah calon diketengah­kan dalam PRU14 ditambah.

Menurutnya, tuntutan itu juga adalah seiring dengan kenyataan pucuk pimpinan untuk memberi ruang sehingga 30 peratus kepada wanita dalam barisan pembuat dasar apabila mencapai kemenangan majoriti dua pertiga nanti.

“Wanita Umno Sabah akan bekerjasam­a dengan barisan pimpinan sayap lain, untuk menentukan kelangsung­an perjuangan parti ini,” katanya sambil menegaskan kerjasama penting bagi menjamin kemenangan mutlak.

Jainab yang juga Exco Wanita Umno Pusat turut berharap tiada pihak melaga-lagakan Wanita dengan Puteri kerana ia hanya akan melemahkan parti.

Ketua Pemuda Umno Sabah Yamani Hafez Musa berkata pihaknya kini memperheba­tkan usaha mendekati akar umbi sebagai langkah mengenal pasti isu terkini dan mendapatka­n maklumat mutakhir.

Katanya, program mendekati akar umbi dilaksana menerusi pelbagai platform seperti Dialog TN50, yang merupakan satu cara yang efektif dan lebih diterima oleh orang muda kerana ia lebih bersifat dua hala.

“Saya rasa dengan kepimpinan Khairy Jamaludin, orang muda lebih optimis dengan masa depan negara,” katanya sambil menolak pandangan bahawa jati diri dan nilainilai ahli Umno terutama Pemuda sudah luntur.

Malah katanya, banyak nilai nilai sebenarnya sudah disuntik dalam DNA Pemuda itu sendiri di bawah kepimpinan Khairy.

“Pemuda Umno kena terima parti dan perjuangan mengatasi kepentinga­n individu. Siapa juga dicalonkan, kita akan jalankan jentera parti dan kita ada sasaran yang akan kita laksanakan pilihan raya nanti.

“Kita perlu lebih ramai ikon orang muda untuk menarik minat orang muda mendekati Umno. Lebih penting dari segi calon yang diketengah­kan dalam PRU-14 perlu sebahagian datang dari orang muda, barulah kita boleh katakan dan orang muda lebih yakin yang Umno adalah parti masa depan,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar pula menyambut baik saranan Khairy yang mahukan supaya lebih ramai generasi baharu diketengah­kan dalam PRU-14 nanti, kerana rakyat mahukan transforma­si dalam semua aspek termasuk politik.

“Sudah sampai masanya seperti yang dikatakan oleh Timbalan Perdaa Menteri semalam, untuk lebih ramai orang dan wajah baharu yang berbakat dan diterima,” katanya sambil berharap pucuk pimpinan memberi perhatian sewajarnya.

Menurutnya, pendekatan holistik yang disebut Timbalan Perdana Menteri dan diulang oleh Khairy, Pemuda akan terus beri kerjasama sepenuhnya kepada Wanita dan Puteri dalam melaksanak­an program dirancangk­an.

Beliau berharap agar amanat presiden dalam perhimpuna­n itu diterjemah­kan oleh perwakilan sebaik balik ke kawasan masing-masing.

“Kita harap Pemuda diberi peluang untuk diketengah­kan di manamana kawasan yang boleh diberi dan diterima oleh masyarakat,” katanya.

 ??  ?? JAINAB
JAINAB
 ??  ?? HAFEZ
HAFEZ
 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia