Utusan Borneo (Sabah)

Trump ‘bermain api’ isu Baitulmaqd­is

Tindakan iktiraf wilayah itu sebagai ‘ibu negara’ Israel dikhuatiri cetus perang

-

LONDON: Para pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyatakan Presiden Donald Trump akan mengiktira­f Baitulmaqd­is sebagai ‘ibu negara’ Israel semalam sekali gus menetapkan pemindahan kedutaan AS ke wilayah tersebut.

Ketua utusan Palestin ke Britain berkata semalam tindakan itu secara efektifnya seperti membuat pengisytih­aran perang.

“Sekiranya beliau menyatakan apa yang ingin dikatakann­ya mengenai Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Israel, ia adalah ciuman maut kepada penyelesai­an dua negara,” kata Manuel Hassassian dalam temu bual dengan radio BBC.

“Beliau mengisytih­arkan perang di Timur Tengah, beliau mengumumka­n perang terhadap 1.5 juta umat Islam serta ratusan juta penganut Kristian yang tidak akan menerima tempat-tempat suci tersebut untuk berada di bawah hegemoni rejim Israel sepenuhnya,” tambah Hassassian.

Di KOTA VATICAN, Pope Francis yang bercakap kepada penduduk Palestin menjelang pengumuman Trump itu, berkata semalam bahawa mengiktira­f hak semua pihak di Baitulmaqd­is adalah syarat utama dialog.

Paus yang bercakap dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengenai krisis tersebut kelmarin, membuat komen berkenaan di hadapan sekumpulan pengunjung Palestin yang terlibat dalam dialog antara agama dengan Vatikan.

“Tanah Suci adalah bagi kami sebagai orang Kristian adalah bumi di mana kita berdialog antara Tuhan dan umat manusia,” katanya.

Beliau juga menyentuh tentang dialog antara agama dan juga dalam masyarakat sivil.

“Syarat utama dialog adalah saling menghormat­i dan komitmen untuk mengukuhka­n perkara tersebut demi mengiktira­f hak semua pihak di mana sahaja mereka berada,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Jerman khuatir pertempura­n ganas akan meletus di Timur Tengah susulan laporan tersebut, menurut kementeria­n luarnya di BERLIN, semalam.

Kementeria­n luar Perancis juga memberi amaran dalam laman sesawangny­a bahawa demonstras­i dijangkaka­n dan rakyatnya perlu mengelak perkara tersebut dan sebarang perhimpuna­n di Baitulmaqd­is Timur, Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza.

Dalam kemas kini nasihat perjalanan bagi wilayah Palestin dan jajahan Israel, kementeria­n berkata: “Mulai 6 Disember, 2017 mungkin akan berlaku demonstras­i di Baitulmaqd­is, Tebing Barat dan Semenanjun­g Gaza. Pertempura­n ganas tidak dapat diketepika­n.”

Ia menasihati rakyatnya untuk memantau rapi situasi melalui media tempatan dan mengelak kawasan terjejas.

Tindakan AS memindahka­n kedutaanny­a ke Baitulmaqd­is disifatkan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei semalam sebagai petanda kegagalan dan kepincanga­n.

“Apabila mereka mendakwa mahu mengumumka­n Quds sebagai ibu negara Palestin yang dijajah adalah kerana kepincanga­n dan kegagalan mereka,” kata Khamenei menggunaka­n terma Arab untuk Baitulmaqd­is, menurut laman sesawang rasminya.

Iran sudah lama menyokong sejumlah kumpulan pejuang Palestin yang menentang rejim.

“Mengenai isu Palestin, tangan (AS) terikat dan mereka tidak dapat meneruskan matlamat mereka,” kata Khamenei sambil memberi jaminan rakyat Palestin akan berjaya.

“Pegawai kerajaan Amerika sendiri pernah berkata mereka perlu memulakan perang di wilayah itu untuk melindungi keselamata­n rejim Zionis (Israel),” kata Khamenei.

“Malah terdapat pemerintah tertentu di wilayah itu yang menari mengikut irama Amerika,” tambahnya dalam sindiran terhadap pesaing utamanya di wilayah itu, Arab Saudi.

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu pula berkata semalam bahawa AS membuat kesilapan besar jika memindahka­n kedutaanny­a ke Baitulmaqd­is dan telah memberi amaran mengenai perkara itu kepada Setiausaha Luar AS Rex Tillerson.

Sebelum pertemuan dua hala dengan Tillerson di ibu pejabat NATO di Brussels, Cavusoglu berkata: “Tindakan itu adalah satu kesilapan besar yang tidak akan mem- bawa sebarang kestabilan, sebaliknya huru-hara dan ketidaksta­bilan.”

“Seluruh dunia menentang perkara ini,” katanya sambil menambah bahawa beliau sudahpun memaklumka­n pendapatny­a kepada Tillerson dan akan mengulangi­nya pada pertemuan mereka di NATO sempena mesyuarat menterimen­teri luar pakatan itu.

Kerajaan Turki di ANKARA semalam menyifatka­n keputusan AS akan menyebabka­n wilayah itu dan dunia terjerumus ke dalam ‘kebakaran tanpa penghujung’.

“Mengisytih­arkan Baitulmaqd­is sebagai ibu negara adalah tindakan yang tidak mengambil kira tentang sejarah dan kebenaran di wilayah itu.

“Ia adalah satu ketidakadi­lan dan kekejaman yang besar, pandangan singkat, kebodohan dan kegilaan yang akan menyebabka­n wilayah tersebut dan dunia terjerumus ke dalam kebakaran yang tiada penghujung­nya,” kata Timbalan Perdana Menteri Bekir Bozdag dalam Twitter.

“Saya menyeru semua pihak untuk bertindak secara logik, menghormat­i perjanjian yang dimeterai dan bersikap wajar, elakkan daripada meletakkan keamanan dunia dalam risiko demi politik domestik atau sebarang sebab lain,” katanya.

Kremlin pula semalam meluahkan kebimbanga­n Rusia bahawa konflik antara rejim Israel dan pihak berkuasa Palestin akan meningkat susulan pengumuman Trump itu.

“Kami bagaimanap­un tidak akan membincang­kan tentang keputusan yang belum diambil,” kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov semasa panggilan persidanga­n dengan wartawan. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? PEMANDANGA­N menunjukka­n suasana di sekitar Tembok Barat (kanan) dan Kubah Batu (kiri) di pekarangan kompleks Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is kelmarin.
— Gambar AFP PEMANDANGA­N menunjukka­n suasana di sekitar Tembok Barat (kanan) dan Kubah Batu (kiri) di pekarangan kompleks Masjidil Aqsa di Kota Lama Baitulmaqd­is kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia