Utusan Borneo (Sabah)

Selatan California terbakar lagi

-

Lebih seribu anggota bomba berusaha untuk membendung kebakaran semak yang ditiup oleh angin di selatan California kelmarin yang sudah mengorbank­an sekurang-kurangnya seorang mangsa, menyebabka­n ribuan lagi meninggalk­an rumah mereka, dan menyelubun­gi kawasan kejadian dengan asap hitam tebal.

Jabatan Bomba Daerah Ventura berkata, lebih 27,000 orang diarah keluar selepas kebakaran yang bergerak cepat di daerah tepi pantai ke utara Los Angeles itu menjilat 18,200 hektar. Lebih 150 buah rumah dan premis perniagaan sudah musnah.

Gabenor California Jerry Brown mengisytih­arkan keadaan darurat di kawasan kejadian, dan mengumumka­n: “Kebakaran ini sangat berbahaya dan merebak dengan cepat.

“Ia amat penting bagi penduduk untuk sentiasa bersiap sedia dan keluar segera jika diarah untuk berbuat demikian.”

Bahagian utara daerah Los Angeles diselubung­i asap tebal, menyebabka­n udara hampir tidak dapat dihirup apabila abu jatuh ke atas jalan. Datuk Bandar Eric Garcetti memberi amaran kepada penduduk untuk sentiasa berjaga-jaga daripada kebakaran baharu.

“Ini adalah satu kejadian cuaca ekstrem dan angin boleh membawa bara jauh dan/atau memulakan kebakaran baharu yang kecil dengan cepat. Kami menjangkak­an ini selama lima hari,” beliau tweet.

Sebuah pusat evakuasi Palang Merah yang menempatka­n 600 orang pada malam Selasa lepas menjangkak­an jumlah itu akan meningkat ke sekitar seribu sehingga kelmarin, kata jurucakap Fred Mariscal.

Ribut bermusim yang kuat dikenali sebagai angin Santa Ana mencatatka­n kelajuan sehingga 80 kilometer sejam, kata Jabatan Cuaca Negara (NWS), yang meramalkan ia boleh mencecah kelajuan 80 batu sejam.

“Kebakaran bergerak dengan cepat ke arah bandar Ventura,” kata Ketua Bomba Ventura County Mark Lorenzen di satu sidang akhbar, dan sudah sampai ke batas bandar di bahagian lautan di timur yang mempunyai populasi sekitar 100,000 penduduk.

Ketua bomba itu berkata satu kematian sudah dilaporkan.

“Ketika individu terbabit sedang melarikan diri daripada kebakaran, keretanya terbalik,” katanya.

Pihak berkuasa berkata lebih 1,000 anggota bomba kini sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran ‘Thomas Fire’, kebakaran yang dirakamkan dalam imej apokalipti­k dengan api yang kadang-kadang kelihatan seperti letusan gunung berapi.

Dua lagi kebakaran besar berlaku pada Selasa, Creek Fire, yang setakat ini sudah menjilat kira-kira 4,500 hektar dan ‘Rye Fire’ yang lebih terkawal, yang meliputi kawasan lebih 1,000 ekar.

NWS melaksanak­an amaran bendera merah bagi kebanyakan tempat dalam daerah-daerah Los Angeles dan Ventura sehingga hari ini (Khamis), dan berkata masa beberapa hari akan datang kemungkina­n akan menyaksika­n kejadian ribut Santa Ana yang paling kuat dan paling lama pernah kita lihat setakat ini musim ini.

Lorenzen berkata kebakaran menjilat semak tebal yang kering dan tidak pernah terbakar sejak 15 hingga 20 tahun lalu.

“Kemarau sudah berlaku selama lima, enam tahun, maka bahan bakar amat kering untuk api merebak.”

Sementara itu jalan di bahagian utara Los Angeles sesak dengan trafik ketika trak bomba berkejar ke tempat kebakaran, manakala beberapa bahagian lebuh raya ditutup.

Kejadian tenaga terputus yang berleluasa menjejaska­n sesuku juta orang selain memaksa penutupan 20 sekolah.

Kebakaran itu bermula pada Isnin dekat Highway 150 sebelum merebak ke bandar Santa Paula. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SEORANG lelaki terpaksa meninggalk­an rumahnya yang telah dihiasi indah dengan lampu neon sempena Krismas tatkala kebakaran hutan terus marak di kawasan perbukitan dekat
Santa Paula, California.
— Gambar AFP SEORANG lelaki terpaksa meninggalk­an rumahnya yang telah dihiasi indah dengan lampu neon sempena Krismas tatkala kebakaran hutan terus marak di kawasan perbukitan dekat Santa Paula, California.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia