Utusan Borneo (Sabah)

China tuduh Australia histeria

-

MELBOURNE: China menuduh Australia histeria dan paranoid semalam selepas Perdana Menteri Malcolm Turnbull berikrar melarang sumbangan politik asing bagi membendung pengaruh luar ke atas politik domestik.

“Kuasa asing melakukan cubaan luar biasa dan semakin canggih untuk mempengaru­hi proses politik di Australia dan dunia,” kata Turnbull kepada pemberita di Canberra kelmarin, yang turut menyebut laporan meresahkan mengenai pengaruh China.

Pengumuman itu dibuat ketika kebimbanga­n meningkat Beijing mungkin mengembang­kan usaha ‘kuasa lembut’ dan ketika hubungan di antara ahli politik Australia dan kepentinga­n kerajaan China kian tegang.

“Beberapa media Australia kerap mereka bahan berita tentang ‘penceroboh­an dan pengaruh China’ di Australia,” kata kedutaan China di Australia.

“Laporan itu, yang dibuat dari udara nipis dan penuh dengan mentaliti perang dingin dan ideologi berat sebelah, mencermink­an paranoia dan histeria anti-China yang tipikal.”

Kenyataan itu menyebut kenyataan tidak bertanggun­gjawab beberapa pegawai kerajaan dan ahli politik di Australia telah merosakkan kepercayaa­n di antara keduadua negara dan menolak sekeras-kerasnya semua dakwaan.

Kuasa lembut China menarik tumpuan semula minggu ini selepas seorang ahli politik pembangkan­g Parti Buruh Australia dipecat selepas didapati memberi amaran kepada pemimpin perniagaan terkemuka dari China yang juga ahli Parti Komunis bahawa telefonnya dicuri dengar pihak berkuasa perisikan.

Jun lalu Fairfax Media dan Australian Broadcasti­ng Corporatio­n membuat liputan tentang kempen bersepadu China untuk ‘menyelinap’ ke dalam politik Australia bagi menggalakk­an kepentinga­n China.

Australia dan negara jiran New Zealand antara satu pertiga negara di dunia yang membenarka­n derma asing kepada parti politik.

Derma sedemikian dilarang di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa negara Eropah.

Undang-undang baharu, yang sebahagian­nya bermodelka­n Akta Pendaftara­n Ejen Asing AS, akan menjadikan campur tangan asing sebagai satu jenayah dan memerlukan pendaftara­n pelobi yang bekerja untuk kerajaan negara, kata Turnbull.

“China tidak berhasrat campur tangan dalam hal ehwal dalaman Australia atau mempengaru­hi proses politiknya menerusi derma politik,” menurut kedutaan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia