Utusan Borneo (Sabah)

Monyet mahir berswafoto diiktiraf di Indonesia

-

JAKARTA: Seekor monyet di Indonesia yang menjadi masyhur selepas merakam sendiri swafotonya sedang tersenyum, dan mencetuska­n kes hak cipta bersejarah di Amerika Syarikat (AS), dipilih sebagai ‘Person of the Year’ semalam oleh kumpulan hak haiwan yang memperjuan­gkan hak monyet tersebut.

Orang Untuk Layanan Haiwan Yang Beretika (PETA) berkata ia memberi penghormat­an kepada Naruto, seekor monyet hitam berjambul dengan senyuman yang kelihatan dungu, untuk mengiktira­f bahawa “dia adalah seseorang, bukan sesuatu”.

Pada 2011, monyet itu menekan butang ketika merenung lensa kamera yang dipasang jurugambar alam semula jadi dari Britain David Slater di Pulau Sulawesi.

Gambar menular dengan pantas dan PETA melancarka­n tindakan undang-undang yang mendakwa Naruto yang berusia enam tahun ketika itu harus “diisytihar­kan sebagai penulis dan pemilik gambarnya”.

“Swafoto Naruto yang bersejarah mencabar idea mengenai siapa orang dan siapa bukan orang dan berkesudah­an dengan tindakan undang-undang yang julung kali cuba mengisytih­arkan seekor haiwan bukan manusia sebagai pemilik harta, dan bukannya diisytihar­kan sebagai harta itu sendiri,” pengasas PETA Ingrid Newkirk menyebut dalam satu kenyataan semalam.

Kes mahkamah itu mencetuska­n perdebatan antarabang­sa di kalangan pakar undang-undang tentang diri haiwan dan sama ada mereka dapat memiliki harta ataupun tidak.

Slater menyatakan dia memiliki hak kepada gambar itu memandangk­an dia merancang segala-galanya sebelum menyedari monyet itu telah mengambil kameranya dan bergambar.

Kes itu diselesaik­an September lalu, sebelum mahkamah dapat membuat keputusan, apabila Slater bersetuju menderma 25 peratus pendapatan masa depan hasil swafoto monyet itu untuk membantu melindungi habitat monyet berjambul di Indonesia.

Pihak berkuasa dan aktivis cuba memujuk penduduk kampung di Sulawesi untuk berhenti memakan monyet yang diancam kepupusan itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia