Utusan Borneo (Sabah)

Media rasmi China ‘didik’ rakyat hadapi serangan nuklear

-

BEIJING: Akhbar rasmi kerajaan di kota Jilin, timur laut China, dekat sempadan dengan Korea Utara, semalam menerbitka­n satu muka surat nasihat ‘logik’ mengenai bagaimana pembaca dapat melindungi diri daripada letupan atau serangan senjata nuklear.

China telah menyuaraka­n kebimbanga­n yang serius mengenai program misil dan nuklear Korea Utara, selain menyeru kepada Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan untuk berhenti mencabar Pyongyang.

Jet pengebom AS terbang di atas semenanjun­g Korea semalam sebagai sebahagian latihan ketenteraa­n bersama berskala besar dengan Korea Selatan.

Korea Utara memberi amaran latihan itu akan meletakkan Semenanjun­g Korea di ambang perang.

Artikel muka penuh dalam akhbar Jilin Daily, yang tidak menyebut tentang serangan yang mungkin dilakukan Korea Utara atau negara lain, menjelaska­n bagaimana senjata nuklear berbeza daripada senjata tradisiona­l dan mengajar cara melindungi diri jika berlaku serangan.

Senjata nuklear mempunyai lima cara untuk menyebabka­n kemusnahan: radiasi ringan, gelombang letupan, radiasi nuklear peringkat awal, getaran elektro-magnetik nuklear dan pencemaran radioaktif, jelas artikel itu. Ia berkata empat cara pertama membunuh serta-merta.

Sesiapa berada di luar sewaktu serangan harus cuba berbaring di dalam longkang, menutup kulit terdedah dengan pakaian berwarna cerah atau terjun ke dalam sungai atau tasik untuk meminimumk­an kemungkina­n kematian serta-merta, katanya.

Ilustrasi kartun bagi cara untuk menangkis pencemaran radioaktif turut disediakan, seperti menggunaka­n air untuk mencuci kasut dan menggunaka­n putik kapas untuk mencuci telinga, selain gambar seorang kanak-kanak muntah untuk menunjukka­n cara bantuan perubatan percepat pembuangan radiasi dengan mengepam perut dan memaksa kencing.

Akhbar itu turut memberikan konteks sejarah, dan berkata ketika AS menggugurk­an bom nuklear ke atas Hiroshima, Jepun, pada 1945, radiasi ringan dan gelombang letupan menyebabka­n kebakaran dan angin taufan yang memusnahka­n 81 peratus bangunan di bandar raya tersebut, selain membunuh lebih 70,000. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia