Utusan Borneo (Sabah)

Jayakan gerak kerja holistik dengan pendekatan realistik: Mizma

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

GERAK kerja holistik yang disarankan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah pendekatan realistik yang perlu diterjemah­kan secara pragmatik dan bukannya dengan retorik, kata Ketua Wanita Umno Silam Mizma Apehdullah.

Sehubungan itu katanya, tanggungja­wab itu perlu digalas bersama secara kolektif oleh ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, demi memastikan parti terus relevan dan kekal sebagai tunjang pemerintah­an kerajaan.

Katanya, saranan itu menunjukka­n sudah tiba masanya bagi semua pihak menghentik­an retorik dalam perjuangan, sebaliknya mengambil pendekatan yang holistik lagi pragmatik.

“Untuk mencapai kemenangan besar dengan majoriti lebih dua pertiga, memang perlu dan wajar jentera ketiga-tiga sayap parti digerak serta digembleng secara bersepadu dengan rentak yang sama,” katanya ditemui di Pusat Perdaganga­n Dunia Putra (PWTC) sempena Persidanga­n Agung Umno (PAU) 2017 di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ucapan Zahid yang juga Naib Presiden Umno menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, ketika merasmikan serentak Persidanga­n Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno, pada Selasa malam.

Sambil menyambut baik saranan itu, Mizma turut berikrar untuk menggalas tugas dan amanah yang diberikan demi memastikan Umno mencapai kemenangan besar dengan majoriti dua pertiga dalam PRU-14.

Katanya, adalah penting kemenangan parti diutamakan terlebih dahulu, dan ia hanya boleh dicapai jika semua pihak sedia menggalas amanah secara holistik dan kolektif.

Beliau menegaskan bahawa adalah penting soal kesatuan, perpaduan dan solidariti ditekankan oleh setiap ahli parti dalam mengharung­i cabaran perjuangan.

Menurutnya, dengan bayangan bahawa PRU14 yang semakin hampir, bermakna setiap pimpinan parti tidak boleh berlengah masa dalam mengatur strategi serta persiapan di peringkat akar umbi

“Bermakna selesai saja PAU 2017 ini, kita semua perlu balik ke kawasan masingmasi­ng untuk memastikan kesiapsiag­aan di peringkat akar-umbi,” katanya sambil menegaskan jentera Wanita Umno Silam sedia digerakkan pada bila-bila masa.

Mizma turut berharap agar semua pihak dalam parti jangan mengambil sikap sambil lewa dalam menangkis pelbagai dakyah serta tohmahan yang dilemparka­n pembangkan­g.

“Kita jangan ambil mudah isu-isu kecil yang dimanipula­si pembangkan­g, sebaliknya kita jelaskan kepada rakyat hakikat dan realiti sebenar, sebelum jarum yang disuntik pembangkan­g itu menusuk hati ahli-ahli kita,” katanya.

 ??  ?? MIZMA (tengah) bersama perwakilan Wanita Umno Bahagian Silam pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.
MIZMA (tengah) bersama perwakilan Wanita Umno Bahagian Silam pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di PWTC, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia