Utusan Borneo (Sabah)

Solidariti adalah `kata kunci’ kemenangan Umno, BN

-

KETUA Pemuda Umno Bahagian Kota Kinabalu Mohd Bahrin Abd Karim berkata solidariti perlu dijadikan sebagai `kata kunci’ bagi memastikan kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata kata kunci itulah merupakan intipati pesanan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaik­an Amanat Presiden, dan turut ditekankan oleh Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika merasmikan serentak persidanga­n Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.

“Saya melihat aspek solidariti ini diberi penekanan utama oleh pemimpin Nombor Satu dan Nombor Dua parti, selain memupuk dan menanamkan mentaliti kemenangan dalam minda setiap ahli parti.

“Jika semua ahli parti memahami dan menyelami kata kunci itu, saya yakin Umno dan BN mampu mencipta kemenangan manis dalam PRU14 nanti,” katanya ditemui sempena Perhimpuna­n Agung Umno (PAU) 2017 di PWTC pada Rabu.

Beliau diminta mengulas intipati ucapan Dr Ahmad Zahid yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, ketika merasmikan serentak persidanga­n tiga sayap parti pada Selasa malam.

Mohd Bahrin berkata Pemuda Umno Kota Kinabalu berikrar menggalas amanah yang diperingat­kan pimpinan parti, dan sedia menjadi jambatan di peringkat akar umbi bagi menambat hati rakyat.

Untuk itu, katanya, usaha akan diteruskan bagi membantu menangkis maklumat palsu dan fitnah pembangkan­g, khususnya di kawasan bandar seperti Kota Kinabalu yang akses kepada media sosial begitu meluas.

“Saya harap gandingan semua sayap dalam parti dalam mengekalka­n momentum keutuhan akan dapat merealisas­ikan sasaran kemenangan dengan majoriti dua pertiga dalam PRU-14 nanti,” katanya.

Beliau sependapat dan menyokong kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang turut berikrar untuk melaksanak­an mandat khas yang diamanahka­n oleh pucuk pimpinan parti dalam usaha memenangi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Khairy, pergerakan itu diberi tanggungja­wab bagi memastikan sokongan besar pengundi lelaki Melayu bawah 40-an yang dianggarka­n sekitar 1.9 juta orang, menyakini BN dan Umno.

“Sebagai pimpinan di peringkat akar-umbi yang lebih memahami denyut nadi rakyat, kita akan pastikan amanah ini digalas dengan sebaik mungkin,” kata Mohd Bahrin.-Oleh KENNEDDY CORLLEUS

 ??  ?? MOHD Bahrin (kanan) bersama Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah Yamani Hafez Musa (kiri) semasa menghadiri persidanga­n itu.
MOHD Bahrin (kanan) bersama Ketua Pemuda Umno Negeri Sabah Yamani Hafez Musa (kiri) semasa menghadiri persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia