Utusan Borneo (Sabah)

BN mampu rampas kerusi DUN Klias di Sabah: Isnin

-

KETUA Umno Bahagian Beaufort Datuk Isnin Aliasnih yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri Klias (DUN) daripada parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata ini berdasarka­n maklum balas daripada akar umbi serta sokongan dan keyakinan rakyat yang semakin meningkat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat pusat dan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di peringkat negeri.

“Berdasarka­nmaklumbal­asyangsaya terima, ada penyokong pembangkan­g yang tidak puas hati dengan wakil rakyat pembangkan­g yang gagal membawa apa-apa pembanguna­n di DUN Klias sejak pilihan raya yang lepas.

“Ini merupakan petanda baik untuk BN dan saya yakin dengan kerjasama parti-parti komponen BN yang lain, kita mampu merampas semula kerusi DUN Klias,” katanya kepada Bernama ketika ditemui sempena Perhimpuna­n Agung Umno2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.

Isnin berkata kekuatan parti terletak pada sokongan rakyat terhadap BN yangtelahm­embuktikan­keupayaann­ya untuk terus membela nasib rakyat khususnya di kawasan DUN Klias.

“Kita mahu dalam pilihan raya nanti, BN menang besar. Oleh sebab itu, pada masa ini kita memfokuska­n kepada persediaan pilihan raya yang diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Pada pilihan raya lepas, Isnin yang juga calon BN DUN Klias tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dengan majoriti tipis 179 undi.

Isnin memperoleh 6,145 undi manakala Lajim meraih 6,324 undi.

Bagaimanap­un, Lajim mengisytih­arkan keluar daripada PKR pada Oktober tahun lepas dan kemudian menubuhkan Parti Harapan Rakyat Sabah dan memegang jawatan presiden parti itu.

Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno dan pernah menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia