Utusan Borneo (Sabah)

Umno parti masa hadapan

Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda Umno 2017

-

KUALA LUMPUR:Umno perlu terus menyakinka­n rakyat bahawa ia merupakan parti untuk masa hadapan dan bukan parti semalam, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Ini, katanya, boleh dibuat dengan menunjukka­n bahawa Umno segar dari segi pemikiran dan pendekatan selain segar dari segi

KHAIRY JAMALUDDIN

tawarannya untuk Melayu Maju seperti yang dibawa Umno Johor.

“Namunbukti­palingsena­ng dan nyata ialah kita segar dari segi rupa bentuk calon yang akan kita bariskan (pada pilihan raya umum),” katanya ketika menyampaik­an ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda Umno 2017 di sini pada Rabu.

Beliau berkata segala usaha perlu dibuat untuk mengembali­kan sokongan politik orang Melayu untuk mengundi Umno sebagai parti utama dan seterusnya memayungi umat Melayu dan rakyat Malaysia sepanjang masa.

Dalam pada itu, Khairy menekankan pentingya orang Melayu bermuafaka­t tanpa kompromi atau berdepan

Ketua Pergerakan Pemuda Umno

kehilangan kuasa akibat berbalah sesama mereka.

“Sanggupkah kita menghadap bangsa yang tertiarap di tanah sendiri, mewariskan parti Umno sekadar di nota kaki? Sekali Melayu kehilangan kuasa kerana berbalah dan bersengket­a, musnahlah harapan dan masa depan bangsa,” katanya.

Menjawab persoalan mengapa rakyat perlu mengundi Umno dan BN, Khairy berkata nostalgia dongeng dan harapan palsu yang dibawa pembangkan­g tiada bandingann­ya dengan keazaman dan transforma­si sebenar yang dibawa Umno dan BN.

“Marilah kita bangkitkan keyakinan orang ramai bahawa Umnolah pilihan yang satu, prihatin terhadap rakyat, bijak mengurus negara bahawa Umnolah yang terbaik untuk meneraju dan mengemudi Malaysia dalam menghadapi apa jua cabaran,” katanya.

Perhimpuna­n Agung Pemuda, Wanita dan Puteri Umno 2017 dirasmikan secara serentak malam tadi oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden.

Perhimpuna­n tahunan Umno berlangsun­g dari 5 hingga 9 Dis.-Bernama

“Marilah kita bangkitkan keyakinan orang ramai bahawa Umnolah pilihan yang satu, prihatin terhadap rakyat, bijak mengurus negara bahawa Umnolah yang terbaik untuk meneraju dan mengemudi Malaysia dalam menghadapi apa jua cabaran

 ??  ?? KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri) menyampaik­an ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.
KETUA Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (kiri) menyampaik­an ucapan dasar pada Perhimpuna­n Agung Pemuda di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia