Utusan Borneo (Sabah)

Menu baharu musim perayaan di Runway Cafe

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Sempena musim perayaan ini, Runway Cafe Tanjung Aru menawarkan menu baharu bermula Disember ini hingga 3 Mac 2018.

Hidangan baharu yang dipromosik­an ini termasukla­h untuk pakej makan tengahari dan malam.

Ketua Tukang Masak Runway Cafe Chef Wong Chee Vui berkata, menu yang diperkenal­kanitumera­ngkumi kombinasi masakan panas dan sejuk.

Menurutnya, antara menu yang disediakan termasukla­h sup ayam kampung herba ginseng, ikan kerapu kukus dengan sos soya, udang campur bijirin dengan telur masin, makanan laut masak claypot dan kerang.

“Pakej ini ditawarkan untuk lima orang pada harga RM888 termasuk sebotol wain dan 10 orang pada harga RM1,688 yang juga ditawarkan bersama sebotol wain.

“Pelanggan yang mahu mendapatka­n diskaun sebanyak 10 peratus, boleh membuat tempahan awal pada 10 hingga 20 Disember ini.

“Selain dari pakej perayaan ini, kita juga akan memperkena­lkan lebih banyak menu baharu tidak lama lagi,” katanya di sini pada Rabu.

Beliau berkata, tawaran harga istimewa juga disediakan untuk pemegang kad keahlian Jesselton Diners.

Wong berkata, mereka yang mahu mendaftar keahlian berkenaan, boleh mendapatka­nnya di Runway Cafe pada harga RM50.

Pembelian itu akan disertakan satu baucar yang membolehka­n ahli mendapat diskaun 10 peratus untuk hidangan ala carte atau manamana hidangan yang termasuk dalam promosi.

Sehubungan itu, pihaknya mengalu-alukan para pelanggan untuk berkunjung ke Runway Cafe sempena musim perayaan ini.

 ??  ?? WONG (tiga kanan) bersama kakitangan Runway Cafe menunjukka­n hidangan yang disediakan sempena musim perayaan ini.
WONG (tiga kanan) bersama kakitangan Runway Cafe menunjukka­n hidangan yang disediakan sempena musim perayaan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia