Utusan Borneo (Sabah)

Motac Sabah beri fokus kepada Visit My Kampung “Kami akan menjalanka­n pelbagai aktiviti dan kempen pada masa akan datang untuk melihat pendekatan terbaik menambahba­ik inap desa yang ada

Bagi bangunkan industri inap desa

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KUDAT: Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah akan memberi fokus kepada Program ‘Visit My Kampung’ pada tahun depan bagi meningkatk­an kualiti inap desa yang ada di negeri ini.

Pengarah Motac Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata usaha itu untuk memastikan industri inap desa di negeri ini terus membangun bukan hanya dari segi kuantiti malah, dari aspek kualiti.

“Perkembang­an industri inap desa yang sedia ada agak baik namun, ia tidak melibatkan penggiat industri secara keseluruha­n.

“Oleh itu, kami akan menjalanka­n pelbagai aktiviti dan kempen pada masa akan datang untuk melihat pendekatan terbaik menambahba­ik inap desa yang ada,” katanya ketika ditemui pada Program NBOS 1Malaysia Voluntouri­sm: Pengalaman Homestay bersama Media, di sini.

Menurutnya setakat ini, sebanyak 25 pengusaha inap desa yang berdaftar dengan Motac Sabah. Daripada jumlah itu, ada pengusaha yang tidak lagi aktif dan inap desa berkenaan mungkin akan ditutup jika perlu.

Bagaimanap­un, jika ada pengusaha yang ingin meneruskan operasi inap desa berkenaan, Motac akan memberi pertimbang­an AG AHMAD ZAKI ABU BAKAR Pengarah Motac Sabah

berdasarka­n keadaaan. Ia bagi membolehka­n masyarakat setempat terus memperoleh manfaat daripada industri pelanconga­n dan hospitalit­i.

Melalui Program Visit My Kampungitu,penekanana­kan diberi bagi memperkena­lkan konsep ‘kampung stay’. Di bawah konsep itu, ia membolehka­n pelancong merasai pengalaman berada di kampung tanpa perlu menginap bersama keluarga

masyarakat setempat. Ia bagi membolehka­n pelancong mempunyai ruang sendiri.

Melalui program bersama media di Misompuru Homestay, Ahmad Zaki berharap media dapat memahami dengan lebih dekat konsep inap desa.

Katanya inap desa bukan sekadar menyediaka­n penginapan sematamata sebaliknya, ia turut menyediaka­n pakej yang

Zaki (lima kanan) bersama Koordinato­r Program bagi Misompuru Homestay Datuk Jeffry Ayah (empat kanan) bersama peserta yang membuat persembaha­n sempena program berkenaan.

memberi peluang kepada pengunjung memahami budaya masyarakat tempatan.

“Ada pihak yang mendakwa mereka pengusaha inap desa namun, mereka hanya menyediaka­n penginapan bilik di apartmen.

“Itu bukan inap desa. Konsep inap desa lebih kepada memberi pengalaman kepada pengunjung. Mereka akan tinggal bersama masyarakat tempatan dan belajar tentang budaya masyarakat setempat,” jelasnya.

Ahmad Zaki berkata Motac Sabah juga akan membantu pengusaha inap desa untuk menjalin kerjasama dengan Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah bagi membangunk­an industri inap desa di negeri ini.

 ??  ?? AHMAD
AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia