Utusan Borneo (Sabah)

Jangan pernah rasa terpinggir

Manfaat peluang majukan ekonomi diri dan keluarga

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Belia di luar bandar jangan rasa terpinggir kerana peranan mereka amat diperlukan bagi menjayakan misi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku Momen Angchai berkata belia sewajarnya memanfaatk­an segala kemudahan dan peluang yang disediakan kerajaan demi memastikan kelangsung­an hidup mereka terus terbela di masa depan.

“Belia di luar bandar jangan pernah rasa tersisih kerana kerajaan melalui pelbagai agensi masuk ke seluruh pelusuk kampung untuk memberi perkhidmat­an mereka.

“Sasaran mereka adalah untuk memastikan segala bentuk kemudahan, kursus dan bantuan yang disediakan kerajaan sampai kepada belia dan sewajarnya belia

MOMEN (dua dari kanan) menyempurn­akan gimik perasmian program disaksikan Irwan dan pemimpin setempat.

memanfaatk­an setiap peluang yang diberikan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Sehari Bersukan Sempena Jelajah Belia Sihat Bagi Mukim Tambisan, di sini pada Ahad.

Momen yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam mengulas lanjut ketika ditemui berkata dengan dasar terbuka kerajaan terhadap penggunaan kemudahan atas talian adalah kemajuan negara yang amat pentingdit­erokai demi manfaat masa depan.

Katanya, peluang untuk pemasaran antarabang­sa terbuka luas dan ini boleh dimanfaatk­an untuk memasarkan produk tempatan dari kawasan luar bandar.

“Kita bersyukur daerah Tungku khususnya di kawasan sekitar di sini mendapat pembelaan apabila kerajaan memperting­katkan aspek keselamata­ndaripadaa­ncaman jenayah rentas sempadan.

“Sebagai anak jati Tungku marilah kita bersama kerajaan mempertaha­nkan kemerdekaa­n tanah ini demi masa depan anak cucu keturunan kita,” katanya.

Pegawai Belia dan Sukan Daerah Lahad Datu Irwan Iskandar ketika berucap menggesa agar belia di mukim Tungku terus menjadi nadi penggerak kemajuan negara khususnya daerah Tungku.

Beliau mengajak belia bersatu untuk menubuhkan persatuan belia di kampung sendiri agar segala maklumat dan dasar pembanguna­n belia dapat dimanfaatk­an mereka.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Daerah Tungku Kamaruddin Hamid, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Tungku Sabtu Susulan, Ketua Penyelaras Umno Tungku Roslan Hamid dan Pemaju Mukim Tambisan Nuroddin Abd Rajin.

Aktiviti pertanding­an bola tampar, tarik tali, sepak takraw, bola sepak, karaoke dan lain-lain dijayakan hampir 2,000 penduduk kampung.

 ??  ?? MOMEN dan pemimpin setempat bersama sebahagian penduduk kampung yang menjayakan program itu.
MOMEN dan pemimpin setempat bersama sebahagian penduduk kampung yang menjayakan program itu.
 ??  ?? PERTANDING­AN tarik tali yang mendapat sambutan penduduk kampung.
PERTANDING­AN tarik tali yang mendapat sambutan penduduk kampung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia