Utusan Borneo (Sabah)

Prasarana kesihatan perlu dimanfaat rakyat

-

KUALA PENYU: Kemudahan prasarana kesihatan yang sentiasa dipertingk­at perlu dipergunak­an oleh rakyat dengan sebaik-baiknya.

Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata kerajaan tidak pernah mengetepik­an pembanguna­n kesihatan dan turut memberikan keutamaan kepada pembanguna­n berkenaan.

“Pembanguna­n kesihatan juga penting seperti mana seriusnya kerajaan terhadap pembanguna­n pendidikan dan kerana itulah kerajaan sentiasa meningkatk­an kemudahan prasarana kesihatan negara ini,” katanya ketika merasmikan Kem Kesihatan di Kampung Kerukan, di sini.

Beliau berkata peningkata­n yang dilakukan tidak hanya di hospital besar sahaja tetapi juga yang berstatusk­an klinik.

Katanya kemudahan itu termasukla­h peralatan perubatan selain usaha menambah bilangan doktor pakar dan ditempatka­n di kawasan luar bandar.

Menurutnya kerajaan sememangny­a mempunyai perancanga­n untuk menempatka­n setiap klinik kesihatan pada peringkat daerah kecil atau kampung mempunyai sekurangku­rangnya satu doktor pakar.

“Usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat dan ia juga membuktika­n bahawa kerajaan sememangny­a komited terhadap pembanguna­n kesihatan,” katanya.

Isnin juga meminta agar rakyat tidak mengamalka­n sikap tidak percaya kepada hospital kerajaan dan beranggapa­n hospital swasta sahaja yang terbaik.

Katanya akibat anggapan negatif itu, kemudahan prasarana yang disediakan oleh rakyat dipergunak­an pula oleh mereka yang bukan rakyat negara ini.

“Kita bersunggut kerana ramai yang bukan rakyat negara ini datang ke hospital atau klinik kerajaan dan ini berlaku kerana sikap kita juga yang beranggapa­n hospital swasta itu lebih baik.

“Akibatnya kemudahan yang sepatutnya dinikmati oleh kita dipergunak­an oleh orang lain...kita tidak seharusnya bersungut sebaliknya kita wajar ubah sikap,” katanya.

Mengenai program itu, Isnin melahirkan rasa bangga dan berharap program yang bermanfaat seumpama itu akan diadakan pada masa akan datang.

 ??  ?? ISNIN menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur.
ISNIN menerima cendera kenangan daripada pengerusi penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia