Utusan Borneo (Sabah)

Dan ‘Hari Kematian’ Mexico terus ungguli box office Amerika Utara

-

ANIMASI hit terbaharu Disney dan Pixar, ‘Coco’ sekali lagi mengalahka­n adiwira-adiwira, drama serta komedi Hari Natal untuk menjadi filem No.1 di carta box office Amerika Utara bagi minggu kedua berturuttu­rut.

Filem itu mengisahka­n tentang seorang kanakkanak Mexico, Miguel (Anthony Gonzalez), yang berusia 12 tahun yang mahu menjadi seorang ahli muzik namun harus berdepan dengan tentangan keluarga yang sejak bergeneras­i lamanya tidak sukakan muzik.

Menurut data industri yang dikeluarka­n oleh Exhibitor Relations, ia memperoleh­i anggaran sebanyak AS$27.5 juta untuk tayangan tiga hari pada hujung minggu dan AS$110 juta sejak ia mula ditayangka­n pada cuti Hari Kesyukuran pada minggu lepas.

‘Coco’, yang membawa Miguel ke dunia ajaib selepas mati (Land of the Dead), di mana si penipu Hector (Gael Garcia Bernal) membantu dia menyelesai­kan satu rahsia keluarga, menerima penarafan A+ luar biasa daripada penonton seperti yang ditinjau oleh CinemaScor­e.

Menurut HollywoodR­eporter. com, Disney dan Pixar kini mendominas­i enam kedudukan teratas pembukaan pada hujung minggu Kesyukuran sepanjang masa, didahului oleh ‘Frozen’, dengan pembukaan lima hari sebanyak AS$93.6 juta.

Di tempat kedua sekali lagi adalah filem Warner Bros., ‘Justice League’, dengan perolehan selama tiga hari sebanyak AS$16.7 juta dalam minggu ketiganya ditayangka­n.

Filem wira terkemuka itu mempunyai satu barisan bintang pelakon yang terdiri daripada Gal Gadot sebagai Wonder Woman, Ben Affleck sebagai Batman dan Henry Cavill sebagai Superman, yang bersatu untuk menangkis serangan penjahat kejam Steppenwol­f (Ciaran Hinds).

Di tempat ketiga, juga dalam minggu ketiga ia ditayangka­n, adalah filem ‘Wonder’ dari Lionsgate dengan jualan tiket sebanyak AS$12.1 juta.

Filem itu, yang dibintangi oleh Julia Roberts, Owen Wilson dan Jacob Tremblay, mengisahka­n tentang seorang budak lelaki gred lima dengan muka cacat yang mesti berdepan dengan kejutan dan buli daripada anak-anak lain apabila dia mula menghadiri sekolah aliran utama.

Filem adiwira ‘Thor: Ragnarok’ dari Disney dan Marvel pula menduduki tempat keempat dengan AS$9.9 juta.

Filem itu menampilka­n sisi lawak Chris Hemsworth sebagai Dewa Norse berkuasa Thor dan Cate Blanchett sebagai dewi kematian Hela. Sehingga kini, ‘Thor’ telah memperoleh­i AS$291.6 juta sejak ditayangka­n lima minggu lepas.

Tempat kelima diduduki oleh filem komedi Krismas ‘Daddy’s Home 2’ dari Paramount, dengan AS$7.6 juta.

Ia dibintangi oleh Will Ferrell dan Mark Wahlberg sebagai ibu bapa bersama yang kurang cekap kepada anak Wahlberg dan dalam masa yang sama mereka juga harus berdepan dengan bapa-bapa mereka sendiri yang datang melawat (John lithgow dan Mel Gibson).

Tiada satu pun filemfilem baharu yang membuat penampilan pertama pada minggu lepas berjaya memasuki senarai 10 filem teratas.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu itu adalah ‘Murder on the Orient Express’ (AS$6.8 juta), ‘Three Billboards Outside Ebbing, Missouri’ (AS$4.4 juta), ‘Lady Bird’ (AS$4.3 juta), ‘The Star’ (AS$4.1 juta) dan ‘A Bad Moms Christmas’ (AS$3.4 juta). — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia