Utusan Borneo (Sabah)

Hasrat tidak kesampaian

-

MIRI: Hasrat dua beradik untuk menghantar barang ke rumah bapa saudara tidak kesampaian apabila kedua-duanya mati lemas setelah kenderaan dinaiki terjunam ke dalam sungai dalam kejadian yang berlaku di sebuah feri di Sungai Liku di sini tengah hari pada Selasa.

Kedua-dua mangsa dikenali sebagai Gary Nevile Willson, 21, dan abangnya Gabriel Bryan Sibak Wilson, 23, serta berasal dari Babu Delit, Debak di Betong.

Terdahulu, dalam kejadian sekitar jam 12.40 tengah hari itu, Gary yang memandu kenderaan terbabit dipercayai menekan minyak untuk membolehka­n kenderaann­ya melalui permukaan berbonggol di lantai feri, namun kemudian hilang kawalan hingga terlajak ke bahagian hadapan feri sebelum terjunam ke dalam Sungai Liku.

Sementara itu, menurut bapa saudara mangsa, Bonnie Medan Imai, 25, yang ditemui di tempat kejadian memberitah­u, mangsa ada menghubung­inya sekitar jam 8 pagi Selasa memberitah­u bahawa mereka hendak menghantar barang-barang ke rumahnya yang terletak di ladang berhampira­n di seberang sungai berkenaan.

Katanya, dua beradik terbabit dipercayai baharu tiba di sini dari Kuching sejak Isnin untuk menguruska­n proses perpindaha­n sekolah adik mereka ke Kuching.

“Alang-alang berada di Miri, keduaduany­a berhasrat untuk mengambil barang-barang milik mereka yang masih tertinggal di kuarters tempat mereka bekerja dahulu sebelum berpindah ke Kuching dan menghantar­nya ke rumah saya.

“Sehingga tengah hari, kelibat mereka masih tidak kelihatan hingga menimbulka­n kerisauan, justeru saya terus menghubung­i rakan mereka di ladang terbabit dan diberitahu mereka bertolak dari ladang berkenaan sekitar jam 11 pagi,” katanya dalam nada sedih.

Menurut Bonnie, dia hanya mengetahui tentang kejadian itu setelah terdengar pihak pengawal keselamata­n di feri berkenaan memberitah­u ada sebuah kereta berwarna hitam terjunam ke sungai.

Beliau yang berasa tidak sedap hati kemudian menghubung­i semula rakan mangsa di ladang berkenaan untuk bertanya jenis kenderaan yang mangsa naiki dan diberitahu kenderaan sama seperti yang dikatakan terjatuh ke sungai.

“Saya terus pergi ke pangkalan feri dengan harapan keduadua mangsa selamat namun hampa apabila mendapati kenderaan mereka tenggelam ke dasar sungai,” katanya sambil memberitah­u itu merupakan kali pertama mereka pergi ke kawasan berkenaan (feri).

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Stanley Jonathan Ringgit mengesahka­n kejadian itu.

Katanya, kenderaan mangsa berjaya ditarik dari dasar sungai sekitar jam 4.30 petang oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Miri dengan bantuan kereta tunda.

Dua beradik mati lemas, kereta terjunam ke sungai dari feri Sungai Liku

“Pasukan penyelam bomba terpaksa melakukan selaman untuk memasang pencangkuk pada kenderaan mangsa bagi membolehka­n ia ditarik keluar dari dasar sungai. Semasa ditarik keluar, kita dapati tiada mangsa dalam kenderaan terbabit dipercayai keluar untuk menyelamat­kan diri namun kemudian ” lemas. SUPERINTEN­DEN STANLEY JONATHAN RINGGIT Timbalan Ketua Polis Daerah Miri

“Pasukan penyelam bomba terpaksa melakukan selaman untuk memasang pencangkuk pada kenderaan mangsa bagi membolehka­n ia ditarik keluar dari dasar sungai.

“Semasa ditarik keluar, kita dapati tiada mangsa dalam kenderaan terbabit dipercayai keluar untuk menyelamat­kan diri namun kemudian lemas,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Stanley berkata, pasukan penyelam bomba yang terus melakukan selaman di lokasi kereta jatuh berjaya menemui mayat Gary sekitar jam 5 petang, disusuli mayat Gabriel pada jam 5.25 petang.

Difahamkan, sejurus selepas kejadian, saksi di tempat kejadian ada ternampak Gary muncul seketika di permukaan air, namun tenggelam semula dipercayai cuba menyelamat­kan abangnya tetapi kemudianny­a terus tenggelam.

 ??  ?? KENDERAAN mangsa yang terjunam ke dasar sungai berjaya didaratkan jam 4.30 petang.
KENDERAAN mangsa yang terjunam ke dasar sungai berjaya didaratkan jam 4.30 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia