Utusan Borneo (Sabah)

Penerbanga­n terus Pontianak dan Miri diwujudkan

-

KUCHING: Hubungan dua hala Sarawak dan Indonesia, terus dipereratk­an apabila kedua-dua pihak kini meningkatk­an inisiatif perhubunga­n udara dengan mewujudkan penerbanga­n terus antara Pontianak (Kalimantan Barat) dan Miri (Sarawak).

Ia menerusi perkhidmat­an penerbanga­n yang ditawarkan Xpressair, sebuah syarikat penerbanga­n Indonesia yang akan melakukan penerbanga­n sulung antara kedua-dua wilayah itu pada 12 Disember ini.

Menurut Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, untuk permulaan Xpressair hanya menyediaka­n penerbanga­n dua kali seminggu.

“Penerbanga­n ini bukan hanya akan memudahkan perjalanan masyarakat kita dengan Indonesia antara Miri dan Pontianak, tetapi juga rakyat Brunei di mana mereka juga akan datang ke Miri untuk menaiki penerbanga­n ke Pontianak.

“Malah, ia juga bukan hanya dari segi pelanconga­n tetapi juga untuk urusan perniagaan dan sebagainya, sekali gus mengeratka­n lagi hubungan antara Kalimantan dan Sarawak,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Bangunan Baitulmakm­ur di Petra Jaya, semalam yang turut dihadiri Konsulat Indonesia di Kuching Jahar Gultom dan Ketua Operasi Antarabang­sa Xpressair Seran Velu.

Justeru, Lee berkata sambutan akan diadakan untuk penerbanga­n sulung Xpressair dari Pontianak yang dijangka tiba di Miri pada jam 4 petang, 12 Disember ini dengan disempurna­kan Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menambah, penerbanga­n itu juga bukan hanya menghubung­kan Pontianak dan Miri sahaja, tetapi juga sehingga ke Jogjakarta dan Bandung di mana Xpressair turut mempunyai penerbanga­n terus dari Pontianak ke Jogjakarta, namun dari Pontianak ke Bandung perlu menaiki penerbanga­n lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia