Utusan Borneo (Sabah)

OIC harus bertindak senada

Dalam isu Baitulmuqa­ddis

-

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) harus bertindak senada berhubung kemungkina­n Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, tindakan yang dilihat boleh menjurus kepada konflik dan ketegangan di Timur Tengah.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno sebagai tulang belakang kepada parti pemerintah Barisan Nasional (BN) di negara ini, amat dekat dengan isu berkaitan Palestin.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengeluark­an kenyataan rasmi berhubung beberapa saranan yang akan dilakukan Malaysia dalam menangani isu itu.

“Kita merasa terlalu dekat dengan rakyat Palestin dan kita sebagai rakyat Malaysia terutamany­a yang beragama Islam, pasti merasai apa yang mereka rasa,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi Hamas dari Palestin di luar Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.

Delegasi itu diketuai Dr Maher Salah selaku wakil Biro Politik Hamas.

Sementara itu, Hamas mengucapka­n terima kasih kepada Malaysia atas usaha berterusan­nya dalam memperjuan­gkan Palestin. “Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada Ahmad Zahid dan semua rakyat Malaysia kerana berjuang untuk isu-isu Palestin di peringkat antarabang­sa.

Kami berharap para pemimpin Islam supaya

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri merangkap

Naib Presiden Umno

melakukan yang sama (berhubung perkara ini), dan kami tidak akan menyerah Jerusalem kepada mereka (Israel),” kata Dr Maher kepada pemberita.

Menurut laporan media antarabang­sa, Trump akan mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel, selepas Amerika Syarikat melaksanak­an dasar berhatihat­i sejak berdekad lamanya dan tidak mengendahk­an amaran tentang tindakan bersejarah yang mungkin mencetuska­n keganasan di Timur Tengah.

Dilaporkan bahawa Palestin dan para pemimpin dunia Arab mengutuk tindakan itu, yang termasuk memindahka­n Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke kota suci berkenaan. Bernama

“ Kita merasa terlalu dekat dengan rakyat Palestin dan kita sebagai rakyat Malaysia terutamany­a yang beragama Islam, pasti merasai apa yang rasa.” mereka

 ?? GambarBern­ama ?? SILAT CEMARA BUGIS: Nor Hani Shahira Md Razali (kanan) dan Nur Rasyiqah Norazlan Shah menunjukka­n gaya Seni Silat Cemara Bugis di hadapan potret tujuh negarawan pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.
GambarBern­ama SILAT CEMARA BUGIS: Nor Hani Shahira Md Razali (kanan) dan Nur Rasyiqah Norazlan Shah menunjukka­n gaya Seni Silat Cemara Bugis di hadapan potret tujuh negarawan pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia