Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kesihatan Kelantan rampas produk kesihatan tidak berdaftar

-

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan merampas 6,864 botol produk kesihatan untuk pesakit kencing manis bernilai RM1,235,532 selepas dikenal pasti tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatan dalam serbuan di sebuah kilang di sini pada 20 Nov lepas.

Pengarahny­a Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata rampasan dilakukan menerusi ‘Ops Ghost’ oleh Cawangan Penguat Kuasa Farmasi hasil maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak awal tahun ini.

“Hasil serbuan mendapati premis terbabit melakukan aktiviti pengilanga­n sejenis produk kesihatan untuk pesakit kencing manis yang dijual pada harga RM180 sebotol. Selain tidak berdaftar dengan kementeria­n, hologram produk yang didakwa menggunaka­n ekstrak epal itu juga mempunyai logo MeSTI palsu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Negeri Kelantan di sini, Rabu.

Dr Ahmad Razin berkata kesemua produk itu dirampas dan disimpan di cawangan tersebut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah peraturan 7(1)(a) Peraturanp­eraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 kerana kesalahan mengilang produk tidak berdaftar.

Katanya pemilik kilang boleh didakwa mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952 yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Dr Ahmad Razin berkata produk kesihatan yang dihasilkan di kilang yang tidak mempunyai pensijilan Amalan Perkilanga­n Baik (APB) adalah diragui keselamata­n dan kualitinya selain berisiko memudaratk­an pengguna.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kewujudan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementeria­n Kesihatand­ipasaranke­ranadibimb­angiakanme­mudaratkan kesihatan pengguna.

“Dalam kes ini misalnya, pesakit mungkin tidak meneruskan rawatan pengambila­n ubat kencing manis yang dibekalkan hospital kerajaan dan ini akan memungkink­an pelbagai risiko lain berlaku dalam satu tempoh tertentu,” katanya.

Beliau menasihatk­an orang ramai agar tidak mudah terpengaru­h dengan pelbagai iklan ubat di pasaran dan memastikan membeli produk kesihatan yang lulus kementeria­n itu bagi mengelak pelbagai risiko dan kesan sampingan lain. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia