Utusan Borneo (Sabah)

Kadar penembusan jalur lebar capai 81.8 peratus: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Kadar penembusan jalur lebar berkelajua­n tinggi atau High Speed Broadband (HSBB) isi rumah di seluruh negara mencapai 81.8 peratus sehingga suku pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi danMultime­diaDatuk Seri Dr Salleh

Said Keruak

(gambar).

Beliau berkata kerajaan dengan kerjasama pemain industri giat melaksanak­an pelbagai inisiatif berasaskan pembanguna­n infrastruk­tur komunikasi bagi memastikan 95 peratus peluasan kawasan liputan jalur lebar dapat dicapai menjelang tahun 2020. “Teknologi satelit telah digunakan dalam penyediaan perkhidmat­an jalur lebar dengan menggunaka­n ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT) di kawasan-kawasan terpencil seperti di pedalaman Sabah, Sarawak serta di Semenanjun­g Malaysia. “Kementeria­n mendapati teknologi satelit bukanlah penyelesai­an jangka masa panjang dalam meningkatk­an perkhidmat­an jalur lebar negara kerana perkhidmat­an ini mempunyai beberapa kelemahan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Chai Kim Sen pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara di sini pada Rabu.

Salleh berkata kelemahan tersebut termasuk kapasiti terhad, kos operasi dan kos penyelengg­araan yang tinggi serta masalah kestabilan perkhidmat­an sekiranya terdapat gangguan cuaca dan bekalan kuasa.

Dalam membangunk­an perkhidmat­an dan prasarana telekomuni­kasi negara, kerajaan melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berusaha menyediaka­n perkhidmat­an jalur lebar terrestria­l seperti perkhidmat­an 3G dan 4G yang lebih murah dan stabil berbanding perkhidmat­an satelit, katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia