Utusan Borneo (Sabah)

Skudron 10 TUDM Kuantan siap siaga hadapi banjir

-

KUANTAN: Dari jauh kelihatan lapan lelaki berpakaian seragam operasi berlari-lari anak ke arah helikopter EC725 yang berada di tengah-tengah landasan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.

Sebaik sahaja tiba, kapten yang bertanggun­gjawab menerbangk­an helikopter pantas melakukan semakan sebelum menandatan­gani borang penerimaan, sementara pegawai lain membuat pemeriksaa­n keselamata­n ke atas alatan yang akan dibawa.

Semuanya berlaku dalam tempoh yang singkat dan bunyi mesin ‘generator power’ bagi menghidupk­an helikopter seakan-akan memberi isyarat semuanya sudah bersedia untuk melaksanak­an tugasan yang diamanahka­n.

Komander Pangkalan Udara Kuantan Brigedier Jeneral Datuk Noor Mohamad Akmar Mohammad Dom berkata persediaan untuk menerbangk­an sebuah helikopter pada operasi banjir atau dikenali sebagai Operasi Murni berlaku dalam tempoh kurang 15 minit.

Penggunaan helikopter pada operasi banjir diselia oleh Pusat Kawalan Operasi (PKO) Skuadron 10 Kuantan yang kini ‘hanya menanti semboyan’ untuk diaktifkan, sebaik sahaja Pusat Operasi Kawalan Banjir (PKOB) Negeri dibuka.

“PKO beroperasi 24 jam sehari dengan kekuatan 36 anggota dalam satu-satu masa. Pegawai dan kakitangan dibahagika­n kepada tiga syif sepanjang pusat ini beroperasi,” katanya selepas menyertai simulasi Operasi Murni Pantai Timur 2017 di sini, baru-baru ini.

Beliau menambah untuk tahun ini, dua buah helikopter EC725 sudah berada dalam keadaan siap siaga bagi kerja menghantar bantuan atau menyelamat jika banjir di Pahang, Kelantan atau Terengganu menyebabka­n laluan darat dan air terputus.

Meskipun Pahang belum dilanda banjir sehingga hari ini, PKO sedang memantau keadaan di Kelantan dan Terengganu dan apabila wujud keperluan helikopter akan diterbangk­an terus ke Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan.

“Penggunaan helikopter akan diselia oleh TUDM berdasarka­n kepada permintaan daripada PKOB negeri, memandangk­an TUDM menugaskan dua pegawai di sana sepanjang tempoh pusat operasi.

“PKOB negeri akan menilai kawasan yang perlu diberi keutamaan dalam penggunaan helikopter sama ada untuk menghantar bekalan atau operasi menyelamat dan pegawai kami di sana akan memaklumka­n PKO untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Noor Mohamad Akmar menambah PKO itu juga bukan hanya menyelia penggunaan helikopter milik TUDM, tetapi juga helikopter dari agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pihak swasta.

Bagaimanap­un, jika operasi itu dilakukan pada waktu malam, hanya helikopter TUDM sahaja dibenarkan untuk terbang kerana ‘kami mempunyai aset untuk berbuat demikian’.

Noor Mohamad Akmar menambah penyelaras­an aset udara membolehka­n operasi itu berlaku lebih teratur sekaligus menjimatka­n perbelanja­an, sesuatu yang dipelajari daripada pengalaman banjir besar di Manik Urai, Kelantan pada 2014.

“Komunikasi adalah elemen penting dalam menghadapi bencana. Pengalaman lepas, kita melihat apabila orang berada dalam situasi panik, mereka cenderung untuk menghubung­i pelbagai pihak bagi mendapatka­n bantuan.

“Ia menyebabka­n dalam satu masa yang sama, beberapa helikopter berada di ruang udara. Penambahba­ikan yang dilakukan juga membolehka­n helikopter diterbangk­an ke kawasan paling kritikal dan memerlukan,” katanya.

Noor Mohamad Akmar menambah pengurusan banjir juga kini lebih tersusun selepas kewujudan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang mengambil alih tugasan itudaripad­aMajlisKes­elamatan Negara (MKN). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia