Utusan Borneo (Sabah)

Dekatkan SPRM dengan masyarakat

Kembara Jelajah Anti Rasuah Labuan sukses

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Program Fun Run&Ride Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) SPRM Wilayah Persekutua­n Labuan 2017 berlangsun­g penuh sukses pada Ahad.

Program sehari yang berlangsun­gdiKomplek­sSukan Laut Antarabang­sa Labuan itu melibatkan program larian sejauh lima kilometer (km) dan berbasikal sejauh 25 km.

Majlis pelepasan para peserta telah disempurna­kan Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan; Asst. Commission­er Abdulamin Haji Abdillah pada 7.00 pagi.

Seramai 150 peserta berbasikal dan 250 peserta larian termasuk Abdulamin yang menyertai program larian berjaya menamatkan cabaran masing-masing.

Program itu merupakan aktiviti susulan Konvoi Kembara Jelajah Anti Rasuah bersempena Sambutan Jubli Emas penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR)/ SPRM yang Ke-50 tahun pada tahun ini yang disambut pada Oktober lalu.

Ianya juga diadakan bersempena Karnival 1Malaysia Culture&Heritage yang berlangsun­g pada 25-26 November lalu di karnival itu melibatkan pembukaan gerai makanan tradisi, pakaian traditiona­l, promosi kraftangan,

Peserta bersama maskot program. “Penyertaan yang memberangs­angkan ini menunjukka­n sokongan masyarakat Labuan terhadap usaha SPRM dalam mambantera­s ” jenayah rasuah ASST. COMMISSION­ER ABDULAMIN HAJI ABDILLAH Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan

pertanding­an karaoke dan hiburan oleh artis jemputan Zamani Slam.

Program itu juga bertujuan untuk mendekatka­n SPRM Labuan dengan masyarakat setempat dan menyebarka­n mesej Anti-Rasuah kepada para peserta program.

Sebagai cenderaken­angan, kesemua peserta menerima kemeja-T program dan medal tamat kayuhan dan larian.

Sebanyak 139 hadiah cabutan bertuah berupa hamper makanan, barangan sukan serta cabutan utama berupa sebuah basikal (folding bike) turut dimenangi oleh para peserta.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program larian dan berbasikal pada hari ini.

“Penyertaan yang memberangs­angkan ini menunjukka­n sokongan masyarakat Labuan terhadap usaha SPRM dalam mambantera­s jenayah rasuah,” jelas Abdulamin berucap di Majlis Penutupan.

Majlis itu ditutup dengan sorakan “Kami Benci Rasuah’ oleh para pegawai SPRM dan masyrakat yang hadir.

Hadir sama di majlis itu ialah pemangku pengarah Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Wilayah Persekutua­n Labuan; Asmidar Muh Nawir, setiausaha Labuan Society; Wan Abd Rahim dan tim pengarah SPRM Labuan; Geoffrey Tawayan.

 ??  ?? PARA
PARA
 ??  ?? ABDULAMIN (kiri) dan Geoffrey (kanan) sedia melepaskan para peserta berbasikal Program Fun Run&Ride Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) SPRM Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.
ABDULAMIN (kiri) dan Geoffrey (kanan) sedia melepaskan para peserta berbasikal Program Fun Run&Ride Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) SPRM Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.
 ??  ?? GEOFFREY (kanan) mengiringi Abdulamin (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
GEOFFREY (kanan) mengiringi Abdulamin (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
 ??  ?? ANTARA Peserta yang berjaya menamatkan larian menunjukka­n medal kejayaan masingmasi­ng.
ANTARA Peserta yang berjaya menamatkan larian menunjukka­n medal kejayaan masingmasi­ng.
 ??  ?? ASMIDAR (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
ASMIDAR (kiri) menyampaik­an hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang pemenang.
 ??  ?? ABDULAMIN (dari kiri) dan Geoffrey sedia melepaskan para peserta larian.
ABDULAMIN (dari kiri) dan Geoffrey sedia melepaskan para peserta larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia