Utusan Borneo (Sabah)

Lima KRT bergabung jayakan Sukaneka dan Malam Mesra

-

BEAUFORT: Kecemerlan­gan mengelolak­an Program Sukaneka dan Malam Mesra oleh lima Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dalam Zon Bangkalala­k cukup bermakna dalam kalangan ahlinya yang diadakan serentak di Padang SK Bangkalala­k dan Dewan Serbaguna Kg Bangkalala­k, di sini.

Rentetan dengan kejayaan yang membanggak­an itu telah memberikan keyakinan kepada KRT Kg Bangkalala­k, KRT Kg Mentulud, KRT Kg Kukup, KRT Kg Jabang dan KRT Kg Brumbai selaku tuan rumah kali ini untuk terus menganjurk­an program KRT pada masa-masa akan datang.

Pengerusi pelaksana Abd Talip Ali berkata, kerjasama dan sokongan dari kelima-lima KRT berkenaan adalah kunci kejayaan penganjura­nnya yang buat julung kalinya pernah diadakan.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil semangat persefaham­an kalangan ahli kesemua KRT yang bergabung tenaga dan membentuk satu pasukan mengelolak­an keduadua program itu dengan berkesan.

“Biarpun persediaan yang agak singkat, ternyata berjaya dan amat berkesan dalam membuat persiapan untuk mengelolak­an sesuatu program itu dengan jayanya,” katanya.

Abd Talip berkata sudah menjadi lumrah setiap program yang dianjurkan semestinya terdapat kelemahan yang perlu penambahba­ikan pada masa akan datang.

Program sehari itu diisi dengan sukaneka melibatkan merambat, pancing botol, bola beracun dan boling kelapa yang diadakan di Padang SK Bangkalala­k, manakala pada sebelah malamnya pula dilangsung­kan acara pentas dengan pertanding­an karaoke pelbagai peringkat dan pertanding­an pakaian beragam yang diadakan di Dewan Serbaguna Kg Bangkalala­k.

Majlis turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian karaoke dan lawak jenaka.

Hadir menjayakan program itu adalah para pemimpin masyarakat di peringkat kampung dan semua pengerusi dari kelima-lima KRT yang terlibat.

 ??  ?? ABD Talip (enam dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa pelaksana mengabadik­an gambar kenangan.
ABD Talip (enam dari kiri) bersama ahli jawatankua­sa pelaksana mengabadik­an gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia