Utusan Borneo (Sabah)

Karate Kanaza Ryu Sabah raih dua emas

Kejohanan Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2017

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pasukan Karate Kanaza Ryu Sabah membawa pulang dua emas, satu perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Kelab Karate Antarabang­sa Kali KeEmpat - Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2017.

Pengurus Pasukan, Alan Lo Shen Li berkata kejayaan manis itu sekaligus menjadi pencapaian terbaik pasukannya, lebih-lebih lagi apabila berjaya merebut dua pingat emas.

“Pasukan kita diwakili enam atlet dari Tawau, dua dari Kota Kinabalu dan berjaya memenangi kategori Independen­t Cadet (lelaki) Kumite bawah 70 kg menerusi Aaron King Rodil.

“Manakala kategori Independen­t Cadet (wanita) pula, berjaya kita menangi melalui Vinnie Rofena Felex,” katanya, menerusi kenyataan medianya, di sini, Rabu.

Alan berkata masa hadapan pasukannya amat cerah kerana mempunyai bakat-bakat pelapis yang masih muda dan berpotensi besar untuk menguatkan lagi pasukan mereka.

Menurutnya, Sabah boleh memenangi lebih banyak medal pada kejohanan itu namun terpaksa bertemu dengan atlet bertaraf antarabang­sa serta kurang bernasib baik.

“Misalnya, Ethan Li Man Hong (kategori lelaki berumur 12-13 bawah 40 kg) agak kurang bernasib baik kerana bertemu dengan juara pertanding­an pada pusingan awal dan hanya dibezakan dengan satu mata sahaja.

“Pada masa sama, pujian juga kepada ahli keluarga atlet yang memberikan sokongan dan dukungan tidak berbelah bahagi dalam membantu kejayaan atlet-atlet kita,” katanya.

Jurulatih berpengala­man, Raymond Sung Kok Loong, memuji kejayaan atlet-atlet yang mengambil bahagian dan berharap lebih ramai atlet dapat mengambil bahagian kelak.

Menurutnya, faktor kekangan kewangan juga memaksa pasukan karate terbabit mengurangk­an bilangan atlet yang dihantar untuk menyertai kejohanan berkenaan.

“Pasukan karate daerah ada menerima jemputan untuk menyertai Kejohanan Karate Antarabang­sa Terbuka - Piala SBY di Jakarta pada 23-24 Mac 2018.

“Kita menghargai jemputan ini namun pada masa yang sama, perlu mengambilk­ira tahap kekuatan sumber kewangan yang kita ada sebelum membuat keputusan lanjut,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, atlet lain yang memenangi pingat termasukla­h Angel Wee Qian Ni (perak) kategori Independen­t (wanita) bawah 47 kg, Wong Vui Rong (gangsa) Independen­t Senior Kata(lelaki),AaronKingR­odil (gangsa) Independen­t Cadet Kata dan Stephanus Parulanan (gangsa) Independen­t Senior Kumite 84 kg ke atas.

 ??  ?? PASUKAN Karate Kanaza Ryu Sabah yang beraksi pada Kejohanan Kelab Karate Antarabang­sa Kali Ke-Empat - Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2017. Turut kelihatan di baris hadapan, Alan (kanan) dan Sung (tengah).
PASUKAN Karate Kanaza Ryu Sabah yang beraksi pada Kejohanan Kelab Karate Antarabang­sa Kali Ke-Empat - Piala Datuk Bandar Kuala Lumpur 2017. Turut kelihatan di baris hadapan, Alan (kanan) dan Sung (tengah).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia