Utusan Borneo (Sabah)

Lukaku, Rashford bantu United mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

MANCHESTER, England: Romelu Lukaku dan Marcus Rashford memastikan kebangkita­n Manchester United dengan menewaskan CSKA Moscow 2-1 sekali gus melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak musim 2013/2014.

Vitinho membuka jaringan buat CSKA pada separuh masa pertama tetapi Lukaku dan Rashford menjaringk­an dua gol dalam tempoh dua minit pada separuh masa kedua untuk memastikan skuad bimbingan

Jose Mourinho melangkah ke pusingan kedua selaku juara

Kumpulan A. Selepas menewaskan Arsenal 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lepas, kemenangan di Old Trafford mengekalka­n rentak cemerlang United menjelang perlawanan penting menentang pendahulu Liga Perdana, Manchester City Ahad ini.

“Saya benar-benar gembira kerana kami tidak mahu layak (ke pusingan kedua) dengan kekalahan, kami tidak mahu layak dengan prestasi buruk,” kata Mourinho.

“Jadi sasarannya ialah untuk layak dengan bermain baik dan cuba mendapat keputusan positif. Saya fikir kami melakukann­ya dengan sangat baik.”

Dengan mengelak kekalahan, United melanjutka­n rekod tanpa kalah di Old Trafford kepada 40 perlawanan dalam semua pertanding­an dengan kekalahan terakhir mereka di gelanggang sendiri ialah tewas 1-2 kepada City pada bulan September tahun lepas.

Dengan Basel juga layak selepas menang 2-0 di Benfica pada perlawanan lain, CSKA terpaksa akur beraksi dalam Liga Europa selepas ini. Mourinho melakukan enam pertukaran dari pasukan yang menewaskan Arsenal, dengan memberikan penampilan kesebelasa­n utama kepada Luke Shaw.

Turut kembali ke kesebelasa­n utama menggantik­an Anthony Martial, Rashford mempunyai beberapa peluang awal.

Shaw, yang membuat penampilan kesebelasa­n utama buat kali pertama sejak bulan April, juga melihat cubaannya ditepis penjaga gol Igor Akinfeev selepas cubaan Lukaku dan Daley Blind. Tetapi CSKA kelihatan bahaya apabila melakukan serangan dan selepas cubaan Vasili Berezutski dan Vitinho melambung tinggi, mereka membuka jaringan beberapa minit sebelum rehat apabila rembatan Vitinho terkena Alan Dzagoev dan masuk ke pintu gol.

Pada mulanya, gol diberikan kepada Dzagoev tetapi kemudian ditukar kepada gol Vitinho.

United bagaimanap­un mengikat kedudukan pada minit ke-64 menerusi gol Lukaku – gol kedua beliau dari 13 perlawanan terakhir sebelum dua minit kemudian Rashford meletakkan United di hadapan.

Bagi CSKA, menamatkan saingan di tangga ketiga dan layak ke Liga Europa tetap satu keputusan membanggak­an.

“Dengan menamatkan saingan di tangga dalam kumpulan sukar ini, ia bukan keputusan buruk dan kami bersaing sehingga ke perlawanan terakhir,” kata jurulatih CSKA, Viktor Goncharenk­o.

“Kami memperoleh­i beberapa pengalaman yang baik dari kejohanan ini, terutama sekali bagi pemain muda.” — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia