Utusan Borneo (Sabah)

Bayern tebus kekalahan, PSG tetap ungguli Kumpulan B

-

MUNICH, Jerman: Corentin Tolisso menjaringk­an dua gol ketika Bayern Munich menebus kekalahan pada bulan September lalu di Paris Saint Germain (PSG) dengan kemenangan 3-1 di sini dalam aksi Liga Juara-Juara tetapi PSG menamatkan saingan selaku juara Kumpulan B.

Dengan kedua-dua pasukan sudah mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua sebelum perlawanan, Bayern perlu menang dengan empat gol untuk menduduki tangga teratas kumpulan selepas PSG menang 3-0 di Parc des Princes untuk memenangi kumpulan dengan kelebihan gol.

Bayern mendahului 2-0 pada masa rehat menerusi gol Robert Lewandowsk­i dan Tolisso.

Kylian Mbappe merapatkan kedudukan selepas rehat tetapi Tolisso menjaringk­an gol ketiga Bayern selepas itu.

Keputusan itu bermakna PSG menamatkan saingan di tangga teratas dengan kelebihan gol selepas kedua-dua pasukan mengumpul 15 mata.

Ia adalah kekalahan kedua buat PSG selepas tewas 1-2 di Strasbourg dalam aksi Ligue 1 Perancis Sabtu lepas, setelah memulakan musim dengan rekod 21 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an.

“Kunci kejayaan kami adalah sikap keseluruha­n pasukan,” kata ketua jurulatih Bayern, Jupp Heynckes, yang mengisi jawatan selepas Carlo Ancelotti dipecat ekoran kekalahan kepada PSG.

“Dari segi taktik, kami tidak cukup bagus tetapi kami memiliki pengalaman lebih baik. Secara keseluruha­nnya kami bermain dengan memberangs­angkan dan melaksanak­an perancanga­n yang ditetapkan.”

Bayern mahu menebus kekalahan di Paris pada perlawanan di Allianz Arena.

Pemain tengah PSG,Julian Draxler mengakui Bayern adalah pasukan yang lebih baik pada perlawanan itu.

“Bayern bermain dengan baik, anda boleh melihat mereka masih berada di antara pasukan terbaik di Eropah,” kata Draxler.

Di bawah kendalian Heynckes, yang pernah membimbing Bayern memenangi tiga kejuaraan pada 2013, Bayern kelihatan pasukan yang berbeza dari pasukan yang mudah ditewaskan PSG pada bulan September.

Beliau melakukan beberapa kejutan sebelum sepak mula dengan tidak menurunkan pemain bintang, Jerome Boateng, Thomas Mueller, Javi Martinez dan Arturo Vidal dalam kesebelasa­n utama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia