Utusan Borneo (Sabah)

Ismail Sabri sempurnaka­n Khatan@KKLW

-

PUTRAJAYA: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam menyempurn­akan majlis perasmian Program Khatan@KKLW (Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) yang julung kali dianjurkan kementeria­n berkenaan. Lebih 60 kanak-kanak yang merupakan anak kepada warga kakitangan KKLW serta kementeria­nkementeri­an lain di Putrajaya menyertai program berkhatan beramai-ramai tersebut. Sambutan untuk program berkhatan beramai-ramai itu amat menggalakk­an walaupun pertama kali dianjurkan oleh pihak kementeria­nnya, kata Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob. “Program ini diadakan bagi meneruskan tradisi berkhatan beramai-ramai supaya tidak dilupakan oleh masyarakat masa kini. “Kita mengambil inisiatif untuk menggabung­kan konsep rawatan moden dan sambutan secara tradisiona­l,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan di sini semalam. Dalam majlis itu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut menyempurn­akan acara bersiram iaitu menyembur air kepada kanak-kanak terbabit di pekarangan bangunan kementeria­n berkenaan. Acara semburan mendapat bantuan dan kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya itu ternyata menjadi acara kemuncak program berkenaan bagi meraikan kanak-kanak yang menyertai program berkhatan itu. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para ibu bapa serta setiap kanak-kanak yang mengikuti program berkenaan. Sementara itu menurut kenyataan daripada KKLW, program itu merupakan anjuran bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (PUSPANITA) KKLW, Kelab Sukan dan Kebajikan KKLW, Hospital Putrajaya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya. Kaedah khatan moden yang dilaksanak­an dalam program berkenaan adalah Diathermy Bipolar dikenali juga sebagai kaedah laser. Prosedur khatan itu dijalankan secara berperingk­at-peringkat selama tiga hari dari 4 hingga 6 Disember di Hospital Putrajaya. Terdahulu, pada 27 hingga 30 November lalu, kanakkanak yang menyertai program berkenaan telah menjalani pemeriksaa­n awal di hospital tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyempurn­akan acara bersiram kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan@KKLW di Putrajaya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyempurn­akan acara bersiram kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan@KKLW di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia