Utusan Borneo (Sabah)

Menyedia jalan raya selesa

Church of God jalankan kempen Mother’s Street

-

WORLD Mission Society Church of God menjalanka­n

kempen Mother’s Street yang mana mereka melakukan pembersiha­n sampah sarap di jalan raya.

Kempen berkenaan bukan sahaja dijalankan di kawasan Kota Kinabalu bahkan seluruh dunia bermula 19 November hingga awal Disember.

Antara negara yang akan menyertai kempen berkenaan adalah Amerika Syarikat, Australia, Finland, Jepun, Taiwan, Brazil, Argentina, Mexico, Paraguay, Uruguay, India, Republik Afrika Selatan, Cameroon, Gana, Mongolia, Cambodia dan sebagainya.

Ahli gereja yang menyertai kempen berkenaan akan mengumpulk­an sampah sarap yang dikutip di sekitar jalan terpilih mereka bagi menyediaka­n jalan raya yang selesa kepada penduduk tempatan. Baru-baru ini, Church

of God seluruh negara juga menjalanka­n kempen

Mother’s Street di sekitar Sinsuran, Universiti Taylor, Subang Jaya, Bentong dan Johor Bahru.

Bagi pembersiha­n di sekitar Kota Kinabalu, seramai 80 sukarelawa­n telah menyertain­ya melibatkan ahli gereja berkenaan, ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga.

Dalam pada itu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) turut membekalka­n peralatan yang diperlukan kepada sukarelawa­n sebagai tanda terima kasih atas usaha

Church of God dalam menjalanka­n kempen itu.

Melalui kempen pembersiha­n itu mereka berjaya mengumpulk­an sebanyak 50 beg sampah bersaiz besar.

 ??  ?? ANTARA sukarelawa­n yang berjaya mengutip 50 beg sampah bersama kakitangan DBKK. (Gambar kanan) KERJASAMA ditunjukka­n oleh sukarelawa­n ketika membersihk­an jalan.
ANTARA sukarelawa­n yang berjaya mengutip 50 beg sampah bersama kakitangan DBKK. (Gambar kanan) KERJASAMA ditunjukka­n oleh sukarelawa­n ketika membersihk­an jalan.
 ??  ?? KESUNGGUHA­N sukarelawa­n mengeluark­an sampah yang terdapat di dalam longkang tepi jalan.
KESUNGGUHA­N sukarelawa­n mengeluark­an sampah yang terdapat di dalam longkang tepi jalan.
 ??  ?? PEMBERSIHA­N daun kering di tepi jalan raya.
PEMBERSIHA­N daun kering di tepi jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia