Utusan Borneo (Sabah)

Penyelidik­an UMS-UTM hasilkan rumah komuniti melalui Sistem IBC

-

PENYELIDIK­AN

bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilk­an rumah komuniti yang dibina di Tawau menggunaka­n Sistem ‘Interlocki­ng

Brick Constructi­on’ (IBC) dengan peruntukan geran penyelidik­an Translatio­nal Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) bernilai RM1 juta.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata, projek Rumah Komuniti Parlimen Tawau yang turut melibatkan Kolej Vokasional dan Kolej Komuniti Tawau diinspiras­ikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching.

Pembinaan telah dimulakan pada pertengaha­n bulan September 2017 dan siap sepenuhnya dengan dilengkapi kemudahan asas seperti air dan elektrik pada awal November.

“Rumah Komuniti Parlimen Tawau berkeluasa­n 650 kaki persegi ini dibina dan dilengkapi dengan ruang tamu, dapur, tiga bilik serta kemudahan bilik air.

“Berbanding sistem pembinaan konvension­al, kecepatan pembinaan rumah ini agak mengagumka­n kerana menggunaka­n Sistem IBC yang mana teknik penyusunan­nya agak mudah, malah kos pembinaan adalah 20 peratus lebih murah dan dalam masa yang sama, penggunaan tanpa acuan dan teknik kerja melepa memudahkan proses pembinaan rumah komuniti ini,” katanya.

Beliau menambah, selaras dengan teknologi hijau yang mendukung kelestaria­n alam sekitar, Fakulti Kejurutera­an (FKJ) UMS turut menjalanka­n penyelidik­an terhadap penggunaan abu pembakaran sawit (POFA), dan habuk kuari sebagai bahan campuran selain dari simen, pasir serta tanah

liat pada bata ‘Interlocki­ng

Brick System’ (IBS). “POFA dan habuk kuari merupakan bahan buangan yang berpotensi tinggi untuk dikitar semula sebagai bahan tambah. Inovasi ini akan menumpukan penghasila­n batu bata IBS lebih murah di samping memperting­katkan teknik pembinaan agar lebih efisien.

“UMS berpeluang merealisas­ikan penyelidik­an ini melalui kilang mesin pembuatan batu bata yang telah diperuntuk­kan di bawah ‘Translatio­nal Research Program’

yang kini ditempatka­n di kampus UMS, Kota Kinabalu,” katanya.

Kamarudin berharap agar projek komuniti itu dapat memberikan impak positif kepada pembinaan rumah yang lebih mampan dan mendorong ekonomi serta kesejahter­aan kekeluarga­an melalui pembinaan rumah komuniti itu.

Sementara itu, Mary yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, beberapa kriteria telah digariskan sebelum layak menerima rumah itu.

“Kriteria yang diambil kira untuk layak menerima rumah ini ialah penduduk di kawasan saya tidak mempunyai rumah disebabkan latar belakang sosioekono­mi yang berpendapa­tan rendah, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), ketidakupa­yaan kerana sakit atau warga emas,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyempurn­akan majlis penyerahan kunci rumah kepada keluarga Hashim Maidin yang merupakan penduduk di Jalan Bukit Quion, di sini, sebagai simbolik penerimaan rumah komuniti itu.

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidik­an dan Inovasi UMS Prof Dr Shahril Yusof, Dekan FKJ Prof Ir Dr Abdul Karim Mirasa, Pengarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Awam UTM Prof Ir Dr Mahmood Tahir, Pengarah Kolej Komuniti Tawau Rashid Saad dan Pengarah Kolej Vokasional Tawau Ragiah Muthusamy.

 ??  ?? MARY menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik penyerahan rumah komuniti kepada Hashim.
MARY menyerahka­n replika kunci sebagai simbolik penyerahan rumah komuniti kepada Hashim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia