Utusan Borneo (Sabah)

Penerbitan JPSIKS UMS jadi penanda aras

Dalam membawa unit penyelidik­an ke tahap lebih baik

- Oleh ALFRED PETRUS

Salah satu daripada pengiktira­fan ranking universiti adalah melalui cabang penerbitan. Artikel yang terbaik juga dapat dihasilkan seterusnya dapat dikongsika­n dengan ilmuan dan pengkaji yang lain.

PROF DATUK DR D KAMARUDIN D MUDIN

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

ENERBITAN Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPSIKS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjadi penanda aras dalam membawa unit penyelidik­an bidang berkenaan ke tahap yang lebih baik dan sesuai dengan misinya.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin berkata dengan adanya penerbitan itu, Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial UMS mampu menghasilk­an penyelidik­an yang berkualiti tinggi.

“Salah satu daripada pengiktira­fan ranking universiti adalah melalui cabang penerbitan.

“Artikel yang terbaik juga dapat dihasilkan seterusnya dapat dikongsika­n dengan ilmuan dan pengkaji yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurn­akan majlis pelancaran JPSIKS, e-Buletin dan Pusat Perkhidmat­an Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (Tesl) di Kota Kinabalu pada Rabu.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof.

Kamarudin berkata walaupun Unit Penyelidik­an Psikologi dan Kesihatan Sosial UMS berskala kecil namun ia adalah antara unit yang aktif dalam menjalanka­n pelbagai program.

“Ini terbukti dengan adanya pelbagai aktiviti yang dilakukan termasukla­h persidanga­n peringkat kebangsaan dan antarabang­sa yang dianjurkan sejak dari dulu lagi.

“Oleh itu, saya percaya jurnal-jurnal yang dihasilkan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada ranking universiti kelak,” katanya.

Beliau berkata dengan adanya e-Buletin dalam unit itu, maka maklumat berkenaan kecemerlan­gan fakulti dapat disalurkan secara dalam talian, lebih pantas serta mudah dicapai.

“Saya percaya dengan penyaluran maklumat yang mudah ini, masyarakat luar akan lebih terinspira­si dengan Fakulti Psikologi dan Pendidikan dan UMS secara umum.

“Setiap tahun, UMS menerima kemasukan pelajar antarabang­sa dan melalui e-Buletin ini, ia akan menjadi platform bagi calon pelajar antarabang­sa lain meminati aktiviti atau bidang yang ingin mereka ceburi jika menjadikan UMS sebagai pilihan.

“Begitu juga dengan Pusat Perkhidmat­an Tesl (TSC), dengan adanya pusat ini para pelajar dapat menyumbang ilmu yang mereka peroleh dalam bidang Tesl kepada masyarakat, sekali gus dapat memperkasa­kan kompetensi mereka dalam penguasaan Bahasa Inggeris,” katanya.

Turut hadir ialah Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan Prof Dr Mohd Dahlan A Malek.

 ??  ?? DAHLAN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Shahril.
DAHLAN (kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Shahril.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia