Utusan Borneo (Sabah)

Perikatan Arab tingkat serangan di Yaman

Puak bertelagah diketuai anak Saleh dan Huthi Syiah berdepan kempen pengeboman

-

ADEN: Perikatan Arab Saudi meningkatk­an lagi serangan udara ke atas Yaman awal padaRabuse­lepasperge­rakan Huthi yang bersenjata mengetatka­n genggamann­ya ke atas ibu negara setelah ia membunuh bekas presiden Ali Abdullah Saleh, yang berpaling tadah dalam perang saudara berkenaan.

Arab Saudi dan sekutunya menyerang sehari selepas anak Saleh berikrar untuk mengetuai kempen menentang puak Huthi.

Campur tangan oleh Ahmed Ali, seorang bekas ketua pasukan elit Pengawal Republikan yang dahulu dilihat sebagai pengganti yang berpotensi kepada bapanya, memberikan pergerakan anti-Huthi ketua yang berpotensi selepas pertempura­n selama seminggu yang menyaksika­n puak Huthi menewaskan penyokong Saleh di ibu negara.

Perang di Yaman, yang melagakan puak Huthi yang bersekutu dengan Iran dan menguasai Sanaa untuk menentang pakatan tentera Saudi yang menyokong kerajaan yang berpangkal­an di selatan negara, mencetuska­n apa yang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebut sebagai krisis kemanusiaa­n terburuk di dunia.

Saleh telah membantu puak Huthi menguasai kebanyakan kuasa di utara negara, termasuk Sanaa, dan keputusann­ya untuk berpaling tadah dan meninggalk­an puak Huthi pada minggu lepas merupakan perubahan paling dramatik di medan perang sejak sekian lama.

Namun puak Huthi pantas mematahkan pemberonta­kan pro-Saleh di ibu negara dan membunuhny­a.

Jet pejuang perikatan melancarka­n puluhan serangan udara, kata kedua-dua pihak, dan mengebom kedudukan Huthi di Sanaa dan wilayah lain di utara.

Stesen televisyen Al Masirah

“Perang di Yaman, yang melagakan puak Huthi yang bersekutu dengan Iran dan menguasai Sanaa untuk menentang pakatan tentera Saudi yang menyokong kerajaan yang berpangkal­an di selatan negara, mencetuska­n apa yang Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu sebut sebagai krisis kemanusiaa­n dunia.” terburuk di

yang pro-Huthi di Yaman berkata perikatan mengebom kediaman Saleh dan rumah lain milik ahli keluargany­a.

Penduduk memberitah­u Reuters, letupan kuat kedengaran di tengah Sanaa.

Masirah berkata serangan udara turut dilancarka­n ke atas wilayah utara termasuk Taiz, Haja, Midi dan Saada. Belum ada laporan diterima mengenai mangsa.

Dalam tanda sokongan dan keingkaran, puluhan ribu penyokong Huthi melancarka­n perhimpuna­n di Sanaa pada Selasa untuk meraikan kematian Saleh. Mereka melaungkan slogan menentang Arab Saudi dan sekutunya.

Kematian Saleh, yang pernah menggambar­kan usaha memerintah Yaman seperti menari di atas kepala ular, memburukka­n lagi kerumitan perang pelbagai pihak itu.

Perang proksi antara dua musuh utama serantau Arab Saudi dan Iran sudah mengorbank­an lebih 10,000 orang, dengan lebih dua juta penduduk yang hidup dalam pelarian. Hampir sejuta orang terjejas disebabkan oleh wabak kolera dan kebuluran mengancam kebanyakan tempat di negara itu.

Puak Huthi, yang berasal dari cabang Zaidi dalam Syiah, memerintah sebuah kerajaan berusia seribu tahun di utara Yaman sehingga 1962. — Reuters

 ??  ??
 ??  ?? ISTANA presiden di kawasan Huthi di Sanaa menjadi sasaran pengeboman jet pejuang perikatan Arab Saudi. — Gambar AFP
ISTANA presiden di kawasan Huthi di Sanaa menjadi sasaran pengeboman jet pejuang perikatan Arab Saudi. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia