Utusan Borneo (Sabah)

Tiga lelaki didakwa bunuh wartawan Malta

-

Tiga lelaki didakwa pada Selasa atas kesalahan membunuh penulis blog dan wartawan dari Malta, Daphne Caruana Galizia, yang maut dalam satu serangan bom dahsyat di pulau Mediterran­ean tersebut pada 16 Oktober lalu.

Caruana Galizia, 53, salah seorang tokoh awam paling terkemuka di Malta dan blognya dibaca meluas.

Kematianny­a akibat letupan maut dalam kereta yang hanya tinggal bangkai remuk hangus, mencetuska­n kesedihan di Malta dan kemarahan masyarakat antarabang­sa.

Ketiga-tiga lelaki tempatan yang didakwa membunuhny­a, George Degiorgio, 55, dan adiknya Alfred, 53, serta Vincent Muscat, 55, mengaku tidak bersalah di mahkamah di Valletta atas tuduhan membuat bom, membunuh wartawan, terlibat dalam jenayah terancang dan memiliki bahan letupan.

Mereka duduk menikus dalam kandang tertuduh dengan kepala tertunduk di hadapan Majistret Neville Camilleri yang meerintahk­an mereka ditahan reman.

Ketiga-tiga suspek antara sepuluh ditahan dalam operasi Isnin lepas, selebihnya dibebaskan dengan jaminan polis.

Kebanyakan kerja Caruana Galizia baru-baru ini berkisar tentang kebocoran data Panama Papers mengenai gejala rasuah peringkat tertinggi di Malta.

Laporan paling hangat termasuk dakwaan bahawa anggota lingkungan dalaman Perdana Menteri Joseph Muscat mendapat habuan menerusi perjanjian perniagaan dan skim kontrovers­i pasport-untukpelab­uran.

Namun dia turut fokus kepada dakwaan tingkah laku mencurigak­an tokoh perniagaan dan pembangkan­g terkemuka, yang mencetuska­n spekulasi dia mungkin disasari samseng.

Dalam pengumuman Isnin lepas mengenai penangkapa­n, Muscat berkata, pasukan polis, tentera dan badan keselamata­n bertindak selepas siasatan lapan minggu dengan bantuan dari Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), Europol dan badan perisikan Finland.

Kerajaan Parti Buruh pimpinan Muscat menawarkan sejuta euro (RM4.8 bilion) bagi maklumat yang membawa kepada pendakwaan pembunuh Caruana Galizia.

Dalam tulisan terakhirny­a dalam Running Commentary, blognya sejak 2008, Caruana Galizia menyuaraka­n rasa kecewa dengan kronisme dan kekotoran yang menyelubun­gi Malta.

“Penjenayah ada di mana sahaja kita lihat sekarang, situasi sangat mendesak,” dia menulis beberapa minit sebelum letupan yang membunuhny­a berlaku.

Sejak kematianny­a, pendakwa raya Itali yang menyiasat penyeludup­an minyak oleh mafia dari Libya ke Itali menerusi Malta membayangk­an pembunuhan itu mungkin ada kaitan kesnya, yang pernah ditulis Caruana Galizia. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CAMILLERI (kiri) tiba di mahkamah di Valletta untuk perbicaraa­n kes bunuh Caruana Galizia.
— Gambar AFP CAMILLERI (kiri) tiba di mahkamah di Valletta untuk perbicaraa­n kes bunuh Caruana Galizia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia