Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan bunuh May dipintas

-

Britain menggagalk­an komplot serangan nekad pelampau Islam untuk membunuh Perdana Menteri Theresa May dengan bom di Downing Street, Sky News melaporkan sambil memetik sumber tidak dikenali.

Polis dan badan keselamata­n percaya perancang komplot merancang untuk melancarka­n alat letupan yang diubah suai di Nombor 10 Downing Street, kediaman rasmi PM yang dikawal ketat, dan kemudian membunuh May dalam huru-hara yang berlaku, kata Sky.

Komplot itu begitu serius sehinggaka­n ketua pengarah MI5, agensi keselamata­n domestik Britain, memberi taklimat kepada jemaah menteri kabinet mengenai komplot tersebut, kata Sky.

Sky berkata komplot itu digagalkan dengan penangkapa­n dua lelaki pada minggu lepas oleh polis bersenjata.

Polis London berkata kedua-dua lelaki tersebut yang ditangkap pada minggu lepas telah didakwa dengan kesalahan terorisme dan dibawa ke Mahkamah Majistret Westminste­r pada Rabu.

Ia mengenal pasti mereka sebagai Naa’imur Zakariyah Rahman, 20, dari utara London, dan Mohammed Aqib Imran, 21, dari tenggara Birmingham.

Selepas empat serangan militan pada tahun ini yang mengorbank­an 36 orang di Britain, paling berdarah sejak serangan bom ‘7/7’ di London pada Julai 2005, ketua M15 Andrew Parker berkata ancaman berada pada tempo paling tinggi pernah beliau lihat dalam tempoh 34 tahun beliau terbabit dalam pengintipa­n.

Pada 1991, puak militan Tentera Republikan Irish (IRA) melancarka­n serangan bom mortar ke atas Number 10. John Major, perdana menteri ketika itu, berada di dalam tetapi tidak cedera.

Seorang jurucakap Downing Street enggan mengulas mengenai laporan itu. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia