Utusan Borneo (Sabah)

Pertarunga­n SAGA bermula

Hoki singkap gelanggang hari ini

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Gelanggang pertarunga­n Sukan Sabah (SAGA) VIII S anda kan 2017 akan disingkap sukan hoki hari ini.

Ia tiga hari awal dari upacara perasmian sukan dwi tahunan terbesar Sabah berkenaan yang akan dirasmikan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman pada 10 Disember.

Pertanding­an hoki yang melibatkan tujuh pasukan lelaki dan lapan wanita akan berlangsun­g di Stadium Hoki Sandakan sehingga hari terakhir temasya sukan itu pada 15 Disember.

Pasukan lelaki terdiri daripada tuan rumah Sandakan, Keningau, Lahad Datu, Papar, Beaufort, Kota Belud dan Kota Kinabalu manakala pasukan wanita terdiri daripada Sandakan, Keningau, Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, Kota Belud dan Telupid.

Pertanding­an hoki dijalankan secara liga satu pusingan pada peringkat awal bagi menentukan dua pasukan teratas ke perlawanan akhir manakalah pasukan di tempat ketiga dan keempat akan meneruskan cabaran untuk merebut pingat gangsa.

Hoki yang menawarkan dua pingat emas adalah salah satu daripada 20 jenis sukan yang dipertandi­ngkan.

Sukan lain yang dipertandi­ngkan adalah badminton, berbasikal, bola jaring, bola keranjang, bola sepak, bola tampar, boling padang, golf, karate, memanah, olahraga, pencak silat, petanque, ragbi, sepak takraw, taekwondo, tenis, tinju dan ping pong.

Acara badminton akan berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Sandakan (KSS) pada 10-15 Disember, berbasikal 10-15 Disember (Jalan Susur Masuk Politeknik dan Jalan Sungai Batang Batu 10, Kawasan tapak pembinaan perumahan Permai, Jalan Nasalim), bola keranjang 11-15 Disember (Dewan SM Yu Yuan), bola jaring 11-13 Disember (Dewan Seraya Kuning MRSM) dan bola sepak 8-15 Disember (KSS, SMK Merpati, SMK Tinusa, Politeknik dan MRSM).

Manakala bola tampar 9-15 Disember (Dewan Masyarakat Bandar Sibuga Jaya), boling padang 9-15 Disember (KSS), golf 14-15 Disember (Sandakan Golf & Country Club), hoki 7-15 Disember (KSS), karate 10-11 Disember (Dewan Serbaguna Libaran Sandakan), memanah 9-14 Disember (KSS), olahraga 11-14 Disember (KSS), ping pong 12-14 Disember (SRJK Pui Gin Sandakan), dan pencak silat 9-15 Disember (SMK Agama Tun Juhar).

Sambil itu petanque 915 Disember (KSS), ragbi 12-13 Disember (Padang Ragbi Kelab Ragbi Eagle), sepak takraw 8-15 Disember (KompleksKo­munitiLiba­ran), taekwondo 13-15 Disember (Dewan Serbaguna Libaran), tenis 9-15 Disember (kelab Tenis Sandakan, Sandakan Golf Club, MRSM), tinju 11-15 Disember (Dewan Masyarakat Sandakan).

Sukan itu melibatkan penyertaan kira-kira 5,000 atlet dan lebih 1,000 pegawai teknikal.

Keseluruha­nnya sukan itu menawarkan 197 pingat emas, 197 perak dan 285 gangsa.

 ??  ?? BARISAN utama Jawatankua­sa Teknikal dan Pertanding­an yang dipengerus­ikan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin semasa membuat persiapan terakhir di Bilik Mesyuarat Asrama Kompleks Sukan Sandakan pada Rabu.
BARISAN utama Jawatankua­sa Teknikal dan Pertanding­an yang dipengerus­ikan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Pudin semasa membuat persiapan terakhir di Bilik Mesyuarat Asrama Kompleks Sukan Sandakan pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia