Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ke tali gantung, edar 7,494 gram dadah

Didapati bersalah edar 7,494 gram dadah

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 21 tahun dikenakan hukuman gantung mandatori, oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas kesalahan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Lim Cheng Yung, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Mahkamah menyampaik­an keputusann­ya pada Khamis, selepas perbicaraa­n penuh dijalankan.

Dalam penghakima­n berkenaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan diluar munasabah.

Tertuduh mengedar dadah seberat 7,494 gram dadah pada 19 Mei jam 2.50 petang di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

Sepanjang prosiding pendengara­n kes, L i m direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwara­ya Nazir Amir Johari dari Jabatan Kastam melakukan pendakwaan berkenaan, manakala peguam Ram Singh mewakili tertuduh.

“Dalam penghakima­n berkenaan, mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes ” melampaui keraguan diluar munasabah.

 ??  ?? LIM (kanan) mendengar penjelasan Ram (kiri).
LIM (kanan) mendengar penjelasan Ram (kiri).
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia