Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk dinasihat sentiasa waspada fenomena air pasang besar

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penduduk Kampung Melayu Bumiputera di sini dinasihatk­an agar sentiasa berwaspada dan menjaga keselamata­n diri berikutan fenomena air pasang yang berlaku sejak kebelakang­an ini.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Tanjung Papat Wong Chee Kiat berkata, penduduk perlu lebih memberi perhatian kepada sebarang perubahan paras air memandangk­an kampung itu terletak di kawasan pesisir pantai.

Difahamkan, paras air dijangka mencecah sehingga 2.7 meter tinggi bermula tengah malam Khamis hingga 9 Disember ini.

Untuk rekod, Kampung Melayu Bumiputera mempunyai kira-kira 750 buah rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia