Utusan Borneo (Sabah)

Lapan pelacur dan penjaga premis ditahan dalam Ops Noda

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Polis menahan lapan lagi wanita warga China dalam Ops Noda selepas didapati menjalanka­n kegiatan pelacuran di sebuah rumah urut di KK Taipan Commercial Jalan TuaranInan­am, di sini malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kesemua suspek ditahan dalam serbuan yang dilakukan jam 11.05 malam oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Semasa serbuan dijalankan di rumah urut terbabit, kita berjaya menahan lapan wanita berumur 31 hingga 37 tahun yang dipercayai terbabit dalam aktiviti pelacuran.

“Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 45 tahun yang juga penjaga premis,” katanya.

Menurutnya hasil penggeleda­han di premis berkenaan berjaya merampas lesen perniagaan, lesen untuk menggaji pekerja bukan permastaut­in, sebotol minyak urut dan wang tunai sebanyak RM2,950.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud pelacuran dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? SALAH seorang wanita disyaki pelacur yang ditahan.
SALAH seorang wanita disyaki pelacur yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia