Utusan Borneo (Sabah)

Tambang bas sekolah mungkin naik

Antara RM10 hingga RM20 pada sesi persekolah­an tahun depan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Pantai Barat Sabah (PPBSPBS) mungkin akan menaikkan kadar tambang bas sekolah antara RM10 hingga RM20 pada sesi persekolah­an tahun depan.

Presiden PPBSPBS Robert Chin berkata ketidaksta­bilan harga minyak, kenaikan harga alat ganti dan kos penyelengg­araan menyebabka­n kebanyakan pengusaha bas berdepan bebanan yang tinggi.

“Jika dilihat keadaan semasa, kos baik pulih dan penyelengg­araan meningkat dua kali ganda.

“Oleh itu, besar kemungkina­n kami juga akan menaikkan kadar tambang pada tahun depan. Namun, keputusan itu belum muktamad kerana kami masih dalam tempoh perbincang­an.

“Dalam minggu hadapan baru kami akan putuskan sama ada berlaku kenaikan tambang atau tidak,” katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Menurut beliau kos operasi mengusahak­an bas sekolah sangat tinggi jadi pengusaha akan berdepan kesukaran jika tiada kenaikan kadar tambang dilakukan.

Langkah berkenaan seiring dengan tindakan yang mungkin diambil Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia untuk menaikkan kadar tambang bas antara RM10 hinggga RM20 bagi sesi persekolah­an pada 2018.

Mengenai keahlian PPBSPBS, Robert berkata mereka mempunyai lebih 300 ahli tetapi sekitar 200 lebih sahaja yang masih aktif.

Ada antara ahli sudah berhenti mengusahak­an bas sekolah disebabkan jangka hayat kenderaan melebihi had ditetapkan.

Untuk ahli baharu pula, persatuan itu tidak menerima sebarang penyertaan pengusaha baharu. Ia kerana, sukar untuk menjalanka­n perniagaan bas sekolah dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang.

Dalam pada itu, Robert berharap jangka hayat penggunaan bas dapat dipanjangk­an beberapa tahun lagi berbanding tempoh 30 tahun yang ditetapkan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) pada masa ini.

“Selepas tempoh 30 tahun, pengusaha perlu menukar bas baharu. Namun untuk menukar bas sekolah baharu ia memerlukan kos yang tinggi. Dengan kos baik pulih yang meningkat, sukar untuk pengusaha menukar bas baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden PPBSPBS Kelvin Chia berkata ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha bas anak masing-masing jika mereka tidak mampu membayar tambang yang baharu.

Katanya persatuan itu tidak masuk campur dalam sebarang kenaikan yang dilakukan oleh mana-mana pengusaha.

Oleh itu, jika ada ibu bapa mempunyai sebarang kerisauan tentang tambang bas sekolah, lebih elok mereka berbincang dengan pengusaha bas sekolah anak mereka.

“Jika dilihat keadaan semasa, kos baik pulih dan penyelengg­araan meningkat dua kali ganda. Oleh itu, besar kemungkina­n kami juga akan menaikkan kadar tambang pada tahun depan. Namun, keputusan itu belum muktamad kerana kami masih dalam tempoh perbincang­an.

ROBERT CHIN Presiden PPBSPBS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia