Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kg Lingkudau terima bantuan zink

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Seramai 60 penduduk Kampung Lingkudau di sini telah menerima bantuan zink yang diadakan di kampung itu.

Bantuan itu adalah di bawah peruntukan Ahli Parlimen Keningau dan telah disampaika­n oleh Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik kepada Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kennedy Bukat.

Daniel yang mewakili Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berharap dengan adanya bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui peruntukan Ahli Parlimen Keningau, dapat membantu penduduk kampung yang memerlukan.

Beliau juga memberitah­u bahawa nama-nama mereka yang tercicir pada penyerahan bantuan kali ini akan menerimany­a pada bulan Januari tahun depan.

Kennedy berkata bahawa bantuan itu sudah dipohon oleh pihak pengurusan kampung sejak beberapa tahun lalu kerana ia menjadi keperluan penduduk.

“Kami bersyukur kerana permohonan ini diluluskan. Saya sentiasa memastikan agar penduduk kampung ini mendapat bantuan ini,” katanya.

Beliau juga telah memohon bantuan yang sama untuk penduduk kampung yang nama mereka tercicir semasa penagihan bantuan itu.

 ??  ?? DANIEL menyerahka­n bantuan zink kepada JKKK Kennedy Bukat.
DANIEL menyerahka­n bantuan zink kepada JKKK Kennedy Bukat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia